AYAH, IBU, AIMAN , AFIFAH & ALEESYA

AYAH, IBU, AIMAN , AFIFAH & ALEESYA

Monday, April 26, 2010

SAMBAL TUMIS CILI PADI BELIMBING BULUH



Bila balik kampung kat Senggarang biasanya mak akan buat sambal tumis cili padi, sedapnya walau mulut ngomel cakap pedas tapi mulut tu juga yang suap nasi sampai tambah nasi sbb pedas tapi manis sehingga menjilat jari.

Walaupun sambal tu mudah tapi tetap tak sama dengan Mak masak dicampur dengan limpahan kasih sayang tak berbelah bagi daripada seorang Mak. Rindunya Mak .... Sayang Mak....

Ok jom pekena Lempeng cicah sambal cili padi , belimbing buluh ni tambah kemudian idea daripada mak mertua cuba letak belimbing buluh, Rasanya sedap gak pedas, manis ngan masam2 ckit.

50 biji cili padi
3 biji bawang merah
3 biji bawang putih
1 biji bawang besar
30 ekor bilis ( anggaran je, nak banyak ke ckit terpulang )
3 cm belacan
2 sudu makan gula
garam secukupnya
10 biji belimbing buluh ( bahan tambahan klu nak )

tumbuk cili padi ngan bilis dulu sbb tak nak banyak air nanti masuk terpercik mata. bila dah lumat baru letak bawang merah + putih + belacan . Last sekali masukkan bawang besar tumbuk takperlu lumat.
Tumis bahan yang ditumbuk sampai naik minyak dan tambah sedikit air + gula + garam biarkan seketika dan akhir sekali masukkan belimbing buluh .

1 comment:

  1. febret kite ni..sdpnyee... :)

    ReplyDelete

Anda Mungkin Juga Meminati

Related Posts with Thumbnails