AYAH, IBU, AIMAN , AFIFAH & ALEESYA

AYAH, IBU, AIMAN , AFIFAH & ALEESYA

Tuesday, February 23, 2010

PTPTN DATANG LAGI

Seyum lebih lak student nie. Nie proses pengesahan dokumen & cop saksi pelajar dan penjamin oleh ajk biasiswa jabatan.

pegawai ptptn sedang menyemak dokumen perjanjian pelajar


pelajar sedang mendengar taklimat sebelum hantar dokumen perjanjian



Penerangan dan taklimat khas daripada pegawai PTPTN

Pada 23 - 24 Februari , pegawai-pegawai PTPTN telah datang bagi urusan pinjaman dan pembiayaan bagi pelajar Politeknik Johor Bahru.

TELUR MASIN.... TELUR MASIN

Senyum besar Ahmadi (student) dapat beli telur masin. Ok boleh bagi tau kawan-kawan
Kak Nani ( kiri ) bersama sahabatnya pun senyum gembira, tempahan telur masin 100 biji dan telur itik 16 biji selamat sampai , penghantaran terus ke rumah. Nak buat kenduri .


Monday, February 22, 2010

MARI BELAJAR BAHASA JAWA

Bila orang tanya , asal mana ? Saya asal Senggarang Batu Pahat , lazimnya automatik akan balas ohhhh Batu Pahat... Jawalah nie.
Dengan bangganya ye memang jawa, atuk n nenek memang dari Jawa , indonesia.
Orang lain mungkin boleh berbahasa Perancis, Jerman mahupun Jepun tapi insyaallah aku boleh fahami dan bertutur serba sedikit bahasa jawa. Satu kerugian anak jawa tak pandai berbahasa jawa. nie intro nak kongsi serba sedikit perkataan jawa dengan anda semua.
sekiranya ada silap dan salah boleh tegur dan diperbetulkan.

kita mulakan kelas bahasa jawa yang kita gunakan dalam seharian

1. kue wes mangan opo urong ( awak dah makan ke belum )

2. Urong. ayok mangan weteng nge wes ngeleh ki ( Belum, jom makan perutnya dah lapar ni)

3. Arek mangan neng di ( Nak makan kat mana ? )

4. Mangan neng warong ngarep kenek jugak ( makan kat warung depan boleh juga )


ok itu sebahagian perbualan seharian kalau nak ajak makan.

tambahan :

ngarep - depan
buri - belakang
duor - atas
ngisor - bawah

Tuesday, February 9, 2010

HENTIAN MAHKOTA, PARIT SIMIN

pintu masuk ke Hentian Mahkota, Parit Simin
Nelayan pulang dari laut membawa ikan, udang, ketam segar

Deretan bot-bot kecil di jeti Parit SiminKemudahan yang disediakan untuk pengunjung, antaranya gerai makan, surau, taman permainan dan tandas awam







Tuesday, February 2, 2010

ITIK OH ITIK

Di atas permintaan wani nan satu ini sabtu lepas masuk reban itik mengejar ke sana kesini nak ambil gambar itik telur masin n telur itik semata-mata buat tatapan beliau.
Anak tokey telur masin tengah pungut telur itik , firdaus rajin-rajin belajar yee.

ni adegan kejar mengejar masa amik gambar. itik nie ada 2 reban tapi kalau dah bersatu semua itik-itik nie boleh masuk balik reban asal . bukan suka2 masuk reban itik lain. itu kata anak tokey itik tapi mcm dia tau sbb semua itik nie warna n saiz sama jeee. yeee ke

dikeheningan petang sang itik sedang pulang minum petang di dalam besen air disediakan

nie itik juga tapi warna berbeza sebab ini itik daging bukan albino. yang atas tadi itik telur.





Monday, February 1, 2010

Mini MAHA di Batu Pahat

ni afifah n aiman kat Mini MAHA baru lepas tgk ikan hiasan. Nak beli tapi sapa nak jaga ikan nie.
Ada pameran lembu nama tak pasti jenis apa. Tapi yang pasti besar n tinggi macam kereta kelisa / kancil. Makan satu Office tak abis nih...

nie kambing nama boer pun besar gak. anak saudara ada ternak kambing nie. bila kambing ni berdiri kaki dua rasa mcm sama tinggi ngan empunya blog ni.


ada pakcik nie buat persembahan ular. dia suruh pegang ishh geli. bela ular nie senang seminggu sekali je dia makan( pakcik tu ckplah ). baik bela cicak pandai dia cari makan sendiri kat lampu2.

ni buah nangka pun besar gak. kat Mini MAHA nie semua buah yang dipamerkan besar2 belaka.

Haaa. satu buah nie tak tau nama bila mula2 tgk. pas buat siasatan baru tau buah nie nama markisa atau buah susu.

nie dah ada nama tgk je dah tau.


nie yang minat sgt nak tunjuk kat anak pokok apa. hari2 makan nasi daripada beras tapi pokok padi tak pernah nampak. tapi aiman mcm tak brapa minat je. dia kata tau.... tu pokok padi.

tgn aiman tercucuk duri pokok nenas .



















PoKoK ApAkAh Di BeLaKaNg RuMaH

kalau tuan bijak bistari. pokok apakah ini ?
jawapannya ialah Pokok cekur manis atau nama saintifiknya Sauropus androgynus
Ni pokok apa pulak ni ? klu; pokok yang selalu digunakan dalam masakan
jawapannya Pokok Daun Kesum atau Daun Laksa atau nama saintifiknya Persicaria odorata

Anda Mungkin Juga Meminati

Related Posts with Thumbnails