AYAH, IBU, AIMAN , AFIFAH & ALEESYA

AYAH, IBU, AIMAN , AFIFAH & ALEESYA

Tuesday, March 30, 2010

TANJUNG PIAI - penghujung benua asia

Keindahan alam ciptaan Allah dapat ku nikmati dengan penuh kesyukuran ke atasNya
Bukti ku telah berada dipenghujung benua asia


Di tengah-tengah hutan bakau yang indah menghijau


Di hadapan Mercu Tanda Taman Negara Tanjung Piai

Ni dia rupa pokok paku piai , tempat ni sempena nama pokok tulah

Sampai ke Terminal Feri Antarabangsa Kukup. Nak g Pulai Karimon Indonesia, ke Batam DLL boleh naik dr sini.
Naik Bot Menyusuri perkampungan nelayan kukup
Singgah ke kelong-kelong diperkampungan nelayan.
kos buat kelong nih 500 k dan kos makanan 1 hari 2k. banyak tu..

Obor-obor , macam makhluk asing lak tgk. subhanallah ciptaan Allah itu indah

Besarnya Tiram ni, saiznya ada besar muka yang pegang tu. ada mutiara boleh bawak balik nih


haaa... ni yang paling geli nak pegang , belangkas tgk kaki dia teringat cerita alien vs predator



































SAYANG NENEK...


Semenjak balik bertugas di muar nih afifah, nenek yang tolong jagakan. bila balik kerja tanya sapa masak ?nenek, sapa suap? nenek .sapa mandikan? nenek. so memang kena sayang nenek .

Terima Kasih mak tolong jagakan afifah n aiman.
Takkan hilang kasih sayang ibu di dunia dan akhirat

sayang ibu
ibu..ibu... engkaulah ratu hatiku
bila ku berduka... engkau hiburkan selalu...
ibu.... ibu...
engkaulah ratu hatiku....



Monday, March 22, 2010

LAWATAN KERJA DAN LAWATAN MESRA OLEH TIMBALAN MENTERI PENGAJIAN TINGGI KE KKCM

Lawatan oleh Timbalan Menteri Pengajian Tinggi YB Datuk Saifuddin Abdullah ke Kolej Komuniti Cawangan Ledang
Lawatan oleh Timbalan Menteri Pengajian Tinggi YB Datuk Saifuddin Abdullah ke Kolej Komuniti Cawangan disambut meriah

Daripada Kiri Pengarah KKCM En Zazali Bin Lazin, YB Datuk Saifuddin Abdullah , Ketua Pengarah Jabatan Pengajian Kolej Komuniti Mejar Prof Madya Kamarudin Kasim, Datin Norlin (isteri Yb Datuk ) dan isteri Ketua Pengarah JPKK.

Hadirin sedang mengaminkan doa

Sesi beramah mesra bersama pelajar
Menuju ke meja makan untuk makan malam
Santapan istimewa nasi baryani dan mee bandung muar
Lawatan ke bengkel kecantikan

dari kiri Hunny, kak janipah, aku yang dah ngantuk sbb dah malam , keja arinie dpt cuti ganti tau dan Tina














KEHIDUPAN SELEPAS PINDAH

kehidupan lebih happy dan bermakna selepas pindah, walau jarak perjalanan ke tmpt keja lebih kurang 40 minit sbb bawak keta mcm cik semut jalan berbanding dulu tak smpai lima minit tapi perkataan yang sebenar aku redha dan bahagia.

Pernah baca Mat Gebu dlm blog dia berbicara dunia masakan ni memang magic sbb daripada asas bahan yang sama tetapi boleh diolah menjadi berbagai-bagai masakan. Memang betullah yelah dari tepung, gula , telur dan margerin mcm2 kek boleh jadikan.

Dah 2 minggu tak buat apa kek ke biskut ke, tu yang tangan nie mmg gian nak buat apa2 gak So ahad lepas buat gak Kek Marble amik resepi daripada blog Mat Gebu yang femes tu. Sedap dan lembab


Kek Marble Trio tapi dah tinggal beberapa potong je Sepanjang 40 minit perjalanan ke tmpt keja nie adalah pemandangan yang paling best sbb sawah padi terbentang luas . Apa ingat kat kedah je ada padi hee..he.. kat Muar pun ada Sebenarnya sawah padi ni sebahagian daripada projek homestay yang dilaksanakan oleh penduduk di Kg Sarang Buaya. Nanti bila padi dah masak menguning bleh amik gmbr lg.



Sunday, March 21, 2010

LAWATAN ILMIAH KE UTHM

Lawatan ke UTHM oleh pelajar diploma mekanikal pjb dah lama tapi baru upload hari nie.
pelajar pergi ke bengkel2 di fakulti mekanikal bagi didedahkan dengan lebih dekat kaedah pengajaran dan pembelajaran di sana.

bergambar bersama2 pensyarah pengiring. akulah tu. klu part gambar2 nie cik adik berdua kt depan tuh mmg baik punya.

sempat lg bergambar dpn fakulti mekanikal dan pembuatan

nih kat bus stop, perasan tak adik 2 org yg depan td kat gambar atas pun dia kan

ni en fairullah dan hj ismail selaku pensyarah pengiring


Lawatan pelajar ke bengkel-bengkel
nih ke bengkel automotif.








Thursday, March 11, 2010

MAK....MAK....




Ingat masa sekolah apabila cari barang tak jumpa mesti panggil mak...mak... mana nie tak jumpa pun. Mak akan balas cuba cari betul-betul. tapi aku bukannya cari betul2 sgt mesti nak mak yang datang cari. kesian mak.

Situasi nie berlaku kembali apabila aku dah jadi ibu, selalu juga bila minta anak cari barang memang tak jumpa, bila tanya dah cari tapi tak nampak kat mana, tak perasanlah dan macam macam alasan... Anak... anak...
Gambar2 dibawah nie masa majlis akikah abang dapat baby girl.


Dari kiri : Besan mak ( Wak Saniah ); Embah Fatimah /nenek - (kira mak kepada mak lah ) ; Terseyum manis nie mak tersayang .. muahhh (Hajah Napsiah Binti Saribon)


Nie yang tudung hijau kakak sulung kalau dalam hirarki family anak pertama mak. Nama Pn. Tumiseh Binti Suib. Mengusahakan Pemeliharaan Kambing Boer . Kalau nak tempah untuk korban bisaaa diatur. banyak gak kambing dia lebih kurang 60 ekor.


Haaa.. rewang jangan tak rewang.. Nie kakak2 aku tgh susun makanan untuk kenduri akikah.
Depan sekali Kak Ana ( Siti Rohana )- Paling cerah dalam keluarga. Tudung Merah duduk tengah2 tu Kak Siti ( Siti Khabsah ) panggil dia ustazah sbb dia ngajar kat sekolah agama. dan yang belakang sekali tu Kak Timah ( Cikgu Ngatimah ) kakak ipar asal Panchor . Cikgu kat Sekolah Keb Seri Rejo Sari , sekolah rendah aku dulu. orang panggil sekolah ekzos lori. tak pelah..

Banyaknya kuih - tgk pencuci mulut untuk kenduri lebih 10 jenis . Best duk kampung bila kenduri memang banyak makanan. lebih2 lagi bila buat jamuan stail nasi ambeng.
Kenduri Aqiqah Baby girl nie dia Damia Farisha Binti Mashuri

Besarnya periuk nasi baryani n kambing... peeeh makan kambing sedappp sangat.Bunga telur nak bagi tetamu yang pasti mesti guna telur masin. Tokey telur masin mestilah bagi telur masin kan
Bunga rampai bagi masa potong jambul, punyalah banyak sebakul tuuu nak merampai satu kampung nihhh.





Wednesday, March 10, 2010

BAHASA JAWA - Binatang @ Serangga 2

1. Burung - MANOK

2. Monyet - KETEK

3. Biawak - MENCAWAK

4. Ayam Jantan - JAGO

5. Ayam Betina - BABON




Hari ini nak sampaikan beberapa jenis haiwan dan serangga yang lazimnya kita lihat disekeliling kita dan nama-namanya dalam bahasa jawa.






Tuesday, March 9, 2010

BAHASA JAWA - Binatang @Serangga

Hari ni nak bg tau serba sedikit pasal serangga atau binatang dalam bahasa jawa. perkataan yang berwarna merah adalah dalam bahasa jawa


1. Lipas : CORO


2. Labah-labah : KATEL

3. Mentadak mentadu : WALANG KADUNG

4. Belalang : WALANG

5. Buaya : BOYO


6. Harimau : MACAN





Monday, March 8, 2010

SELAMAT HARI JADI KE 8 AIMAN

ishhh susahnya nak buka skuter nie
senyum lebar mcm dah tau jek ibu n ayah bagi apa nie

haaa nie lah skuter yang di idam idamkan .

ok ifa buka mulut besar ckit

aiman birthday boy mesti suap , alamak ada gigi atas yang takdelah .

dah 8tahun anak ibu nie. semoga hidup mu dirahmati dan dilindungi Allah ...kebahagian , kejayaan dan kesejahteraan mengiringimu nak. Ibu sayang aiman


04 mac hari jadi aiman anak lelaki kesayanganku. sbb tgh2 minggu so potong kek lambat ckit iaitu 5 mac jumaat. hai seronok dia sbb dpt hadiah yang dia idam-idamkan dari tahun lepas lg. nak tau apa jom tgk

Anda Mungkin Juga Meminati

Related Posts with Thumbnails