AYAH, IBU, AIMAN , AFIFAH & ALEESYA

AYAH, IBU, AIMAN , AFIFAH & ALEESYA

Monday, March 22, 2010

KEHIDUPAN SELEPAS PINDAH

kehidupan lebih happy dan bermakna selepas pindah, walau jarak perjalanan ke tmpt keja lebih kurang 40 minit sbb bawak keta mcm cik semut jalan berbanding dulu tak smpai lima minit tapi perkataan yang sebenar aku redha dan bahagia.

Pernah baca Mat Gebu dlm blog dia berbicara dunia masakan ni memang magic sbb daripada asas bahan yang sama tetapi boleh diolah menjadi berbagai-bagai masakan. Memang betullah yelah dari tepung, gula , telur dan margerin mcm2 kek boleh jadikan.

Dah 2 minggu tak buat apa kek ke biskut ke, tu yang tangan nie mmg gian nak buat apa2 gak So ahad lepas buat gak Kek Marble amik resepi daripada blog Mat Gebu yang femes tu. Sedap dan lembab


Kek Marble Trio tapi dah tinggal beberapa potong je Sepanjang 40 minit perjalanan ke tmpt keja nie adalah pemandangan yang paling best sbb sawah padi terbentang luas . Apa ingat kat kedah je ada padi hee..he.. kat Muar pun ada Sebenarnya sawah padi ni sebahagian daripada projek homestay yang dilaksanakan oleh penduduk di Kg Sarang Buaya. Nanti bila padi dah masak menguning bleh amik gmbr lg.



No comments:

Post a Comment

Anda Mungkin Juga Meminati

Related Posts with Thumbnails