AYAH, IBU, AIMAN , AFIFAH & ALEESYA

AYAH, IBU, AIMAN , AFIFAH & ALEESYA

Wednesday, August 4, 2010

SELAMAT HARI JADI AFIFAH MAISARAH

dah 3 tahun dah anak dara ibu nih. melawa memanjang semua nak warna pink pastu ada gambar princess daripada berus gigi, baju, seluar pun sama. Tanya nak hadiah apa dia jawab nak patung barbie. so buat surprise kat dia macam tak nak beli sampai nak nangis kat shopping complex. tapi bila sampai umah lepas potong kek baru bagi hadiah menjerit suka dia bila dapat patung tu. Semoga anak ibu sihat dan dimurahkan rezeki. Jadi anak yang baik . Insyaallah...

Monday, August 2, 2010

Idiopathic Thrombocytopenic Purpura ( ITP)

Tanda Bintik merah yang berlaku bila pletlet terlalu rendah


Mungkin ada yang pernah dengar perkataan di atas dan kemungkinan besar tidak kecuali bagi yang terlibat secara langsung dengan medical. Dalam berita harian ahad lepas ada rencana berkaitan ITP dan aku adalah salah seorang yang menghadapinya.


Bagi pesakit ITP bilangan pletlet terlalu rendah mungkin 20 000 sahaja berbanding normal iaitu 150 000. Bila Pletlet rendah maka sel pembeku darah tu kurang le efisen dan boleh menyebabkan pendarahan di mana-mana bahagian badan. Mulut ke telinga ke otak ke dll. Sebab apa bilangan pletlet terlalu rendah ialah antibodi dalam badan yang bertindak memusnahkan pletlet sedangkan fungsi antobodi melawan infections dan diseases. Keadaan lebih kronik bila pragnent contohnya semasa masuk wad hari tu pletlet cuma 14 000 jeee.


So apa yang doktor lakukan ialah kena makan prednesolone ( steroid ) then kalu tak naik amik IVIG ( plasma ) atau masukkan pletlet terus tapi ivig ngan pletlet tu boleh bertahan mungkin dalam sebulan je Atau langkah seterusnya buang limpa. Alahai extrem sangat lak sampai nak buang limpa nih. Taklah sampai takat tu. Setakat ni makan prednesolone 40mg/day then kurangkan sedikit-sedikit . Yang jadi masalahnya liat betul nak makan ubat sesab tau ubat tu ada side effect pada aku n baby. Lepas raya ni check balik brapa bilangan pletlet so kena amik darah then buat FBC ( Full Blood Count )


Bagi sesiapa yang mungkin ada tanda2 seperti ada bintik-bintik macam denggi tapi bintiknya besar sedikit then mudah lebam bila terlanggar sesuatu atau gosok gigi ada gum bleeding cuba check kat hospital mungkin kesan ITP. Jaga dan hargailah kesihatan sebab bila kita sakit mungkin kita akan rindukan keadaan sihat tu .... Semua yang berlaku adalah ketentuan Allah.

Oh ya teringat dulu masa kecik2 mak ingat aku ni kenapalah asyik lebam sana sini ingat kena sedut darah ngan pelesit agaknya sampai pegi berubat mandi bunga 7 jenis. Kesian mak risau sangat laa rupanya anak bungsu ni ada ITP gamaknya. Aura mandi bunga tu ada lagi tak sekarang yek. Terima Kasih mak , sayang mak..

MASUK WAD HOSPITAL PAKAR SULTANAH FATIMAH MUAR


Dikesempatan semasa masuk wad sebab pletlet rendah sangat ( sbb chronic ITP) ada risalah berkenaan cara solat bagi pesakit. Lazimnnya bila masuk wad ada yang beranggapan alahai aku ni sakit macam mana nak solat tetapi betapa Allah memberikan kemudahan kepada umatnya agar mendirikan solat dalam apa jua keadaan. Jika tidak mampu berdiri maka duduk, jika tidak mampu duduk boleh berbaring dan jika berbaring tak mampu jua maka boleh sehingga menggerakkan kelopak mata pun boleh. Kesimpulannya memang Solat amat dititik beratkan dalam diri kita walau sakit. Renung-renungkan dan selamat beramal ....


Anda Mungkin Juga Meminati

Related Posts with Thumbnails