AYAH, IBU, AIMAN , AFIFAH & ALEESYA
Monday, August 2, 2010
Idiopathic Thrombocytopenic Purpura ( ITP)
Mungkin ada yang pernah dengar perkataan di atas dan kemungkinan besar tidak kecuali bagi yang terlibat secara langsung dengan medical. Dalam berita harian ahad lepas ada rencana berkaitan ITP dan aku adalah salah seorang yang menghadapinya.
Bagi pesakit ITP bilangan pletlet terlalu rendah mungkin 20 000 sahaja berbanding normal iaitu 150 000. Bila Pletlet rendah maka sel pembeku darah tu kurang le efisen dan boleh menyebabkan pendarahan di mana-mana bahagian badan. Mulut ke telinga ke otak ke dll. Sebab apa bilangan pletlet terlalu rendah ialah antibodi dalam badan yang bertindak memusnahkan pletlet sedangkan fungsi antobodi melawan infections dan diseases. Keadaan lebih kronik bila pragnent contohnya semasa masuk wad hari tu pletlet cuma 14 000 jeee.
So apa yang doktor lakukan ialah kena makan prednesolone ( steroid ) then kalu tak naik amik IVIG ( plasma ) atau masukkan pletlet terus tapi ivig ngan pletlet tu boleh bertahan mungkin dalam sebulan je Atau langkah seterusnya buang limpa. Alahai extrem sangat lak sampai nak buang limpa nih. Taklah sampai takat tu. Setakat ni makan prednesolone 40mg/day then kurangkan sedikit-sedikit . Yang jadi masalahnya liat betul nak makan ubat sesab tau ubat tu ada side effect pada aku n baby. Lepas raya ni check balik brapa bilangan pletlet so kena amik darah then buat FBC ( Full Blood Count )
Bagi sesiapa yang mungkin ada tanda2 seperti ada bintik-bintik macam denggi tapi bintiknya besar sedikit then mudah lebam bila terlanggar sesuatu atau gosok gigi ada gum bleeding cuba check kat hospital mungkin kesan ITP. Jaga dan hargailah kesihatan sebab bila kita sakit mungkin kita akan rindukan keadaan sihat tu .... Semua yang berlaku adalah ketentuan Allah.
Oh ya teringat dulu masa kecik2 mak ingat aku ni kenapalah asyik lebam sana sini ingat kena sedut darah ngan pelesit agaknya sampai pegi berubat mandi bunga 7 jenis. Kesian mak risau sangat laa rupanya anak bungsu ni ada ITP gamaknya. Aura mandi bunga tu ada lagi tak sekarang yek. Terima Kasih mak , sayang mak..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
salam puan..puan baru ke dah lama kena ITP?preds memang sgt2 tak elok.saya dah dkt 20 thn dgn penyakit ni.paling rendah 2k sahaja count saya.sebenarnya nak beri cadangan..minum air kurma.bkn jus beli tapi buat sendiri.3 biji kurma (yg mahal sikit tu kalau yg murah tu taksedap air dia taklalu nak minum)utk satu mug air blend.takperlu bubuh lain.(nak blend dgn fresh milk pun ok or yogurt drink) puan minum buat macam ubat.platlet rendah akan nak lebih cepat dari mkn pred tanpa makan pred..saya pernah buat.Ibut dont tell the dr tht you havent been taking the meds.depa bukan caya ubat traditional)bila nampak je naik lebam n peticure mereh tu..pulun le 3x sehari..kadang2 a week before check counts..sure cantik counts tu,preds tak elok..semua dia effect..i know.
ReplyDelete