AYAH, IBU, AIMAN , AFIFAH & ALEESYA

AYAH, IBU, AIMAN , AFIFAH & ALEESYA

Sunday, April 11, 2010

JOM BUAT ROTI

resepi mudah nak buat roti. sedap dimakan semasa sarapan atau minum petang bersama keluarga tersayang.
Roti Manis Inti Kacang Merah ( 1 kg = 30 biji )


Bahan A
1kg Tepung protein tinggi
140 g gula castor
22 g instant yis
10 g Softener ( utk lembutkan roti )
10 g improver ( emplex) ( tapi letak dlm 7 g je )
1 1/2 sudu kecil garam halus
6 sudu besar susu tepung

Bahan B
360 ml @ g Air
3 Biji telur gred B

Bahan C
150 g Buttercup

Cara-cara nak buat nihhh:

1. masukkan bahan A dan bahan B ke dalam mangkuk pengadun . uli ( onkan mesin pada kelajuan sederhana dalam 5 minit sehingga sebati )
2. Apabila sebati masukkan bahan C iaitu butter dan uli selama 5 minit kelajuan sederhana
3. Kemudian tukar kelajuan tinggi selama 3-5 minit , rehat (off mesin ) selama 5-8 minit
4.Kemudian onkan mesin dan pulul lagi kelajuan tinggi 10 minit sehingga doh menjadi elastic / melekat pada J shape ( penguli dalam mesin pengadun )
5. Rehatkan doh sebentar.


Cara-cara membentuk roti manis inti kacang ni


bahagikan doh kepada bahagian2 kecil menjadi 60 g


tgh bulatkan inti kacang merah . setiap satu berat 20 g kalau nak lebih boleh juga.masukkan inti kacang (20g)

menggunakan penggelek ratakan doh dengan inti di dalamnya. tersalah gelek inti kacang terlebih di bahagian atas. so kena buat sekata . gelek pelan2

menggunakan pisau potong menegak bahagian dalam doh. lagi kecil potongan lagi cantik roti nanti bila dah bakar.

kemudian gulung doh


haaa... ni doh dah digulung. satu loyang muat 4 jee. Ok boleh tabur bijan atas roti sebagai hiasan.


Bakar pada suhu 180 darjah celcius selama 8 - 10 minit. Tgk dalam oven roti dah agak kekuningan.

Taraaa ... dah siap . Yang bahagian atas ye.. Yang roti bahagian bawah tu nak buat roti serunding ayam nanti upload mcm nak buat.






















































































































































































































































































































































































1 comment:

  1. normah tahniah ye br tau ko dpt pindah..muka pun makin ceria akak nampak

    ReplyDelete

Anda Mungkin Juga Meminati

Related Posts with Thumbnails