AYAH, IBU, AIMAN , AFIFAH & ALEESYA

AYAH, IBU, AIMAN , AFIFAH & ALEESYA

Tuesday, September 24, 2013

PAU BUNGA KACANG MERAH

Kuih pau yang dikukus boleh dibentuk mengikut kreativiti masing-masing. Untuk pau bunga ni belajar daripada satu blog semasa meronda-ronda blog yang lain tetapi maaf tidak dapat ingat. Ucapan terima kasih kepada empunya blog yang sudi berkongsi cara membuat pau ini. Semoga dimurahkan rezeki.

 Timbang doh 20g dan canai doh menjadi bulat
Bahagikan doh menggunakan scrapper kepada 6 bahagian seperti di atas

 Letak inti ditengah-tengah. Inti kacang merah lebih kurang 5-10g. 

 Balut inti mulai dengan satu bahagian.
 Untuk bahagian seterusnya pastikan pilih yang bertentangan dengan yang pertama tadi

 Lakukan langkah seterusnya sehingga habis dan bentuknya menjadi kelopak bunga.
Rehatkan doh dalam 30 minit dan kukus dengan api sederhana selama 10-15 minit. Ini merupakan pau yang telah dikukus. Kena praktis selalu untuk mendapatkan bentuk pau yang cantik. Selamat menjamu selera.

No comments:

Post a Comment

Anda Mungkin Juga Meminati

Related Posts with Thumbnails