AYAH, IBU, AIMAN , AFIFAH & ALEESYA

AYAH, IBU, AIMAN , AFIFAH & ALEESYA

Tuesday, September 24, 2013

PAU GORENG PANAS.......



Pau lazimnya dikukus berwarna putih, lembut dan gebu. Isi yang pelbagai seperti kaya, daging dan kacang merah menjadi pilihan untuk sarapan dan minum petang. Untuk kali ini kita cuba pula pau goreng dan ianya boleh dikukus lembut dan terus dimakan. Jika ingin dijadikan sejuk beku juga boleh. Kita kongsi bersama resepi ini sumbangan Puan Salbiah yang mengajar dan insyaallah ilmu ini boleh disebarkan dan dimanafaatkan bersama.

1kg tepung gandum
100g gula pasir
3 cawan air suam
40g baking powder ( jika double action 2 sudu besar)
50g shortening
10g bread softener (pelembut roti)
10g yis ( jika 1 paket mauripan 11g boleh masuk semua )
* sedikit - hujung sudu pemutih pau jika nak letak boleh dan tak letak pun boleh juga.......

cara-cara
1. Masukkan semua bahan ke dalam mesin penguli dan uli selama 8-10 minit untuk menjadikan doh lembut dan tidak melekat ditangan.
2. Keluarkan doh dan timbang doh 20g setiap satu
3. Untuk inti kacang merah timbang 5 g setiap satu.
4. Masukkan inti kacang dan bulatkan kembali.
5. Rehatkan selama 30 minit , sebelum digoreng tekan sedikit bagi mendapatkan bentuk pau yang
agak leper.
6. Goreng sehingga kekuning-kuningan , angkat dan toskan.
7. Jika untuk disejukbeku, goreng sebentar dan angkat kemudian sejukkan sebelum disimpan.
Masukkan semua bahan-bahan di dalam mixer

 Timbang inti kacang merah 5gram setiap satu
 

Masukkan inti kacang merah ke dalam doh ( 20g setiap satu ) 
 
 Susun pau yang telah siap inti 30 minit sebelum digoreng. 
Sebelum digoren tekan sedikit doh supaya agak leper seperti di atas.
Jika hendak dikukus bulatkan dan letak kertas minyak di bahagian bawah pau.
Kukus 10-15 minit dengan api sederhana. Jika terlalu lama permukaan pau kurang cantik.

 Pau yang sedia untuk dikukus
Setelah dikukus









1 comment:

  1. *Assalamualaikum, jom sebarkan berita ni sberapa byk yg mgkin utk membantu org yg memerlukan, terima kasih smua..aaminn.*

    Sy En.Mohd Zuhairi bin Noordin , pengasas produk herba dr hutan. Sy mnjual herba warisan yg mampu mrawat smua jenis kanser dari tahap 1 ke tahap 4 dan utk pengidap resdung kronik. Herba warisan dr hutan belantara ini tak mganggu rwatan kimoterapi. Ia blh diambil smasa rwatan hospital, malah lg baik jika berubat bsama spya lg cpt sembuh. Daun² herba trpilih ini sudah trbukti brkesan kpd rmai pesakit kanser & ianya sukar dijumpai, malah belum ada mna² syarikat yg mngeluarkn herba ini. Ia herba khusus mrawat kanser & resdung yg kronik. Fokus herba ni ialah mbunuh sel kanser hingga ke akar umbi spya kanser tak berulang lg.Jgn biarkan pnyakit menghuni dlm tubuh hingga kronik. Ia akn merebak ke organ lain.Bila dh merebak ia mnyukarkan rawatan. Herba bkn bnda asing lg. Jgn was² lg, sejak beratus thn herba dh digunakn oleh nenek moyang kita. Benda natural tak mganggu rawatan moden. Bkn pesakit kanser pun blh minum utk mencegah kanser. Utk psakit kanser, sy akn bantu hingga sembuh,memberi saranan & motivasi bgaimna utk hadapi kanser. Sy dh jumpa rmai psakit, kita blh brkongsi pndapat utk rawat smpai sembuh. Rmai psakit sy dh sembuh,anda bila lg?
    Hubungi utk order & pertnyaan:
    *En. Mohd Zuhairi Bin Noordin - 017468 7570*

    ReplyDelete

Anda Mungkin Juga Meminati

Related Posts with Thumbnails