AYAH, IBU, AIMAN , AFIFAH & ALEESYA

AYAH, IBU, AIMAN , AFIFAH & ALEESYA

Wednesday, October 2, 2013

TEMPE..... SEDAP KER ?

Tempe.... Sedap ke ? Kalau nak tahu boleh cuba makan sama ada digoreng atau dimasak bersama bahan-bahan lain. Yang sedap dan mudah ialah goreng dan cicah sambal kicap... Senang ke susah buat tempe ni ? Insyaallah boleh buat sendiri di rumah. 1kg kacang soya boleh menghasilkan lebih kurang  32 keping tempe dengan berat setiap satu 50g.  Untuk pembuatan tempe lebih mudah menggunakan kacang soya yang telah pecah. Boleh didapati dengan harga RM 132.00 (50kg). Ianya memudahkan proses pembersihan kerana kulit mudah terlerai daripada kacang soya.


1.Rendam kacang soya dengan air yang banyak selama 48 jam. Pada 24 jam pertama buang air rendaman, bersihkan kulit kacang soya dan tukar air yang baru.

 2. Setelah 48 jam , bersihkan kacang soya dan buang kulit yang masih ada. Pastikan kacang soya dicuci sehingga hilang bau.

 3. Selepas kacang soya dibersihkan, rebus 1 jam hingga 1 jam 30 minit

 4. Kemudian toskan kacang soya dan proses tempering iaitu menurunkan suhu dengan mengaup balik
kacang soya sebelum proses menabur ragi.


 5. Ini ragi yang digunakan , boleh diperolehi dengan harga RM 5.00 (500gm)

 6.Proses menabur ragi dengan nisbah 1kg kacang yg ditimbang sebelum direndam awal tadi  : 15g ragi
Pastikan  kacang soya tidak terlalu sejuk semasa menabur ragi.

 7. Proses pembungkusan menggunakan kertas pembalut makanan. setiap satu 50g. Pastikan kacang tempe rata dan ikat menggunakan getah. Buat lubang kecil dengan mencucuk menggunakan hujung pisau pada kertas pembalut bagi membolehkan pengudaraan dan pembiakan yis. ( tapi yang dijual dipasaran tidak dilubangkan pun boleh juga )

 
8. Tempe siap dibungkus dan disusun begini . Pada hari pertama yis mula membiak menutupi permukaan kacang tempe dan boleh dipasarkan pada hari kedua. Jika hari hujan susun tempe dalam bakul atau bekas berkumpul bagi membolehkan tempe mencapai suhu sesuai. hari kedua boleh dipasarkan.

Gambar yang ada merupakan sebahagian peserta kursus cincau dan tempe yang dianjurkan oleh Kolej Komuniti Batu Pahat. Sebahagian lagi daripada kursus yang saya ikuti di Institut Pertanian Ayer Hitam.

17 comments:

  1. ragi ini bileh dapat beli kat mana? terima kasih

    ReplyDelete
  2. Salam,
    Saya harap anda dapat check maklumat mana yang anda guna, kerana makcik saya pengusaha tempe dan makan tempe setiap hari ada kanser perut tahap akhir.
    Ada ramai pengusaha ragi yang tak ada siapa tahu apa yang sebenarnya yang ada dalam ragi tersebut.
    Saya harap, anda dapat memberikan maklumat yang betul kerana anda mungkin menyebabkan ramai orang kena kanser.
    Thanks

    ReplyDelete
  3. Cara buat ragi, hanyalah Tempe tersebut dikeringkan. Dihaluskan hingga dicampurkan tepung beras. Tidak ada benda yang memudaratkan malah sgt baik utk Kesihatan. Jika terdapat sebarang bendasing Tempe xkan menjadi, Tempe adalah makanan organik yang sangat sensitif.

    ReplyDelete
  4. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  5. sory salah soalan.. nak tanya ragi tu beli kat mana

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kami dekat Johor Bahru takde ragi ni..terpaksa cari di Batu Pahat

      Delete
    2. Kami dekat Johor Bahru takde ragi ni..terpaksa cari di Batu Pahat

      Delete
  6. Nak cari pencetak kayu untuk tauhu juga..dimana ye

    ReplyDelete
  7. Nak cari pencetak kayu untuk tauhu juga..dimana ye

    ReplyDelete
  8. Bagaimana Hendak mengekalkan spora putih tempe tersebut kekal lama

    ReplyDelete
  9. Assalamualaikum, ragi tu akak beli di mana?

    ReplyDelete
  10. Kalau kcg soya tu x keluar kulitnya... jadi tak tempe tu?

    ReplyDelete
  11. Saya terbeli kacang soya yg tak pecah pulak

    ReplyDelete
  12. Ragi tempe tu nak beli di mana tk

    ReplyDelete
  13. Mne nk bli kcg soya y da pecah ye

    ReplyDelete

Anda Mungkin Juga Meminati

Related Posts with Thumbnails