1.Rendam kacang soya dengan air yang banyak selama 48 jam. Pada 24 jam pertama buang air rendaman, bersihkan kulit kacang soya dan tukar air yang baru.
2. Setelah 48 jam , bersihkan kacang soya dan buang kulit yang masih ada. Pastikan kacang soya dicuci sehingga hilang bau.
3. Selepas kacang soya dibersihkan, rebus 1 jam hingga 1 jam 30 minit
4. Kemudian toskan kacang soya dan proses tempering iaitu menurunkan suhu dengan mengaup balik
kacang soya sebelum proses menabur ragi.
5. Ini ragi yang digunakan , boleh diperolehi dengan harga RM 5.00 (500gm)
6.Proses menabur ragi dengan nisbah 1kg kacang yg ditimbang sebelum direndam awal tadi : 15g ragi
Pastikan kacang soya tidak terlalu sejuk semasa menabur ragi.
7. Proses pembungkusan menggunakan kertas pembalut makanan. setiap satu 50g. Pastikan kacang tempe rata dan ikat menggunakan getah. Buat lubang kecil dengan mencucuk menggunakan hujung pisau pada kertas pembalut bagi membolehkan pengudaraan dan pembiakan yis. ( tapi yang dijual dipasaran tidak dilubangkan pun boleh juga )
8. Tempe siap dibungkus dan disusun begini . Pada hari pertama yis mula membiak menutupi permukaan kacang tempe dan boleh dipasarkan pada hari kedua. Jika hari hujan susun tempe dalam bakul atau bekas berkumpul bagi membolehkan tempe mencapai suhu sesuai. hari kedua boleh dipasarkan.
Gambar yang ada merupakan sebahagian peserta kursus cincau dan tempe yang dianjurkan oleh Kolej Komuniti Batu Pahat. Sebahagian lagi daripada kursus yang saya ikuti di Institut Pertanian Ayer Hitam.