AYAH, IBU, AIMAN , AFIFAH & ALEESYA

AYAH, IBU, AIMAN , AFIFAH & ALEESYA

Monday, August 22, 2011

PUNTEL KUPING METU GENI

salam ramadhan buat warga jawa sedunia ; semalam dengar kt radio sinar dengan topik raya zaman dolu-dolu ada pemanggil cerita nak sambut raya nih sblm ramadhan dah buat persiapan cari kayu api nak masak. dan ada satu ayat jawa yang disebut iaitu puntel kuping metu geni

tajuk atas puntel kuping metu geni ni maksudnya putar telinga keluar api dan ianya dikaitkan dengan dapur gas skrg, putar jer keluar api tak macam dulu kena cari kayu api kat kebun baru boleh nak masak. zaman berganti zaman tapi memori tetap diingatan. Sayang mak rindu mak. doakan mak sihat sejahtera dibawah lindunganNya. Insyaallah.

citer aku raya dulu2 yang paling ingat mak pukul telur untuk buat kuih bahulu dalam pasu besar lagi besar dari sepemeluk tangan nih. siap dengan pemukul besar. orang pangil pengencap bahulu. tapi skrg mak dah tak buat lagi. penat nak memukul nak buat bara api bakar atas bawah. isss berasap satu umah. tradisi yang semakin hilang ditelan zaman.


1 comment:

  1. salam normah terima kasih singah blog saya..:)salam ramadhan

    ReplyDelete

Anda Mungkin Juga Meminati

Related Posts with Thumbnails