AYAH, IBU, AIMAN , AFIFAH & ALEESYA

AYAH, IBU, AIMAN , AFIFAH & ALEESYA

Sunday, May 15, 2011

SELAMAT HARI GURU

16 MEI 2011 - SELAMAT HARI GURU ku ucapkan kepada semua pendidik tak kira di mana jua .... di sekolah mahu pun institusi pengajian tinggi bila tugas hakiki tu mengajar maka inilah hari sambutan khas untuk anda semua.

ada seorang cikgu nih sampai sekarang aku ingat masa sekolah rendah . adalah satu hari dia soal dalam kelas subjek english... ejaan untuk basikal dlm bahasa inggeris , bolehlah semua salah jawab , memang betul -betul bangang kot anak murid termasuklah aku. pastu kita orang kena denda berdiri dan keluar basahkan kepala biar otak kitaorang fresh sikit. aku yang pakai tudung nih habis basah kuyup dan smpai skrg aku ingat eja basikal ialah bicycle... terima kasih cikgu. tapi aku lupalah nama cikgu nihhh....

masa sekolah menengah lah aku takkan lupa cikgu nih garang n tegas masa mengajar tapi sebenarnya dia sporting. Ajar subjek elektrik , aku rasa susah sgt nak paham tah lah. klu letak lembu kat depan nih lembu pun dah pandai tapi awak tak pandai2. aku ingat ayat dia yang poser tuh. alhamdulillah cikgu saya skrg mengajar subjek elektrik. mmg mencabar gak dan sabar adalah separuh drpd iman, saya faham perasaan cikgu pada tahun 1995 dan 1996 masa mengajar kelas saya di smtjb. terima kasih cikgu saluah. sayang cikgu

No comments:

Post a Comment

Anda Mungkin Juga Meminati

Related Posts with Thumbnails