.jpg)
AYAH, IBU, AIMAN , AFIFAH & ALEESYA

Thursday, September 30, 2010
KURSUS MEMBUAT "CHEESE CAKE"
Alhamdulillah ku bersyukur ke hadrat Allah kerana kursus membuat cheese cake dapat aku jalankan dengan bantuan semua pihak warga Kolej Komuniti Cawangan Muar yang memberikan kerjasama sepenuhnya. Daripada pembelian barang2 kek, penyediaan tempat, penyediaan membuat kek sebelum kursus mengemas dan menyediakan juadah untuk peserta dan mengambil gambar untuk tatapan semua. Terima kasih diucapkan
Barisan Pelajar dan Guru dari SK Ismail (1) Muar yang menghadiri kursus bersama2 pengarah Kolej Komuniti Cawangan Muar serta pengajar kursus
Pelajar yang mengabil bahagian dipantau oleh guru pengiring mencuba mengadun bahan-bahan yang telah dicampurkan.
ni cheese cake strawberry baru dimasukkan dalam oven tunggu dlm 50 minit baru masak
.jpg)
Sunday, September 26, 2010
SUASANA HARI RAYA
Sunday, September 19, 2010
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
Salam aidilfitri buat semua. Alhamdullillah segalanya berjalan lancar dan menggembirakan walaupun letih sedikit. Biasalah raya2 mcm nih berjalan lebih.
Raya pertama pg umah mak lepas solat jumaat. Solat jumaat kat Masjid Parit Raja. Tgkpunyalah ramai orang dan yang pasti masih ada penjaja buah2 dan lain2 yang berniaga di bazar ramadhan depan kompleks masih berniaga menghabiskan saki baki hasil jualan.
Afifah masam muka sbb letih . Mak pun senyum ckit jelah penat masak n goreng kerepek keladi selatah sbb banyak permintaan.
Anak dara n bujang ibu nih dah besar
Nih masa gambar paling best sbb bergambar satu family. Haa klu nak tau baju yang husb pakai nih baju nikah n kain aku pun sama tapi buat baju lain lah. Saja mengingat kembali zaman2 dulu. best.... best... best...
Posing ngan suami tersayang. Mcm baru lepas nikah tapi version yang kami ni berat badan dah tambah ckit laaa.
Afifah masam muka sbb letih . Mak pun senyum ckit jelah penat masak n goreng kerepek keladi selatah sbb banyak permintaan.
Tuesday, September 7, 2010
HARI JADI YANG KE 31
Alhamdulillah nampaknya Allah beri kesihatan kepada aku untuk meneruskan perjalanan hidup ini. Rasanya banyak yang N3 nak masuk dari biskut-biskut raya n rumah baru yang sederhana adanya tapi kesempatan dan kesihatan yang agak kurang.
Haaa ni surprise dari suami tersayang birthday cake sorok dlm peti sejuk bawah sekali, sbb bajet aku tak nampak n kebetulan nak buka puasa cari Milo dah abih so buka peti sejuk cari milo ada tak. Wow besarnye cake nih. Haa tak jadi surprise tapi senyum sampai telinga sbb best dapat Choc + cheese cake yang sgt sedap. Thanks buat suami ku yang tersayang sbb jaga n bahagiakan diri ini.
.jpg)
Yang ini lak student sem 1 bagi jemput-jemput sempena birthday n buka puasa. Satu mangkuk besar diorang bagi boleh buat kenduri satu kampung. Apa2 pun thanks semua atas ucapan dan nyayian happy birthday dalam kelas . Sayang semua
Esoknya sempat bagi tips kat student mcmnak buat jemput2 yang lembut.
(1) blender nasi dan masukkan sekali dalam adunan jemput2 @ ( yg ini selalu buat sbb jemput2
akan lembut walau dah sejuk )
(2) boleh gak letak ckit baking powder @
(3) masukkan air panas semasa mengadun @
(4) guna sedikit minyak panas dlm adunan untuk dptkan jemput2 rangup( yg ini tak brapa nak
sarankan sbb dahlah goreng guna minyak pastu msukkan minyak lg dalam adunan.
Brapa byk minyak nak guna daaaa )

Subscribe to:
Posts (Atom)