.jpg)
AYAH, IBU, AIMAN , AFIFAH & ALEESYA

Wednesday, August 4, 2010
SELAMAT HARI JADI AFIFAH MAISARAH
.jpg)
Monday, August 2, 2010
Idiopathic Thrombocytopenic Purpura ( ITP)
Mungkin ada yang pernah dengar perkataan di atas dan kemungkinan besar tidak kecuali bagi yang terlibat secara langsung dengan medical. Dalam berita harian ahad lepas ada rencana berkaitan ITP dan aku adalah salah seorang yang menghadapinya.
Bagi pesakit ITP bilangan pletlet terlalu rendah mungkin 20 000 sahaja berbanding normal iaitu 150 000. Bila Pletlet rendah maka sel pembeku darah tu kurang le efisen dan boleh menyebabkan pendarahan di mana-mana bahagian badan. Mulut ke telinga ke otak ke dll. Sebab apa bilangan pletlet terlalu rendah ialah antibodi dalam badan yang bertindak memusnahkan pletlet sedangkan fungsi antobodi melawan infections dan diseases. Keadaan lebih kronik bila pragnent contohnya semasa masuk wad hari tu pletlet cuma 14 000 jeee.
So apa yang doktor lakukan ialah kena makan prednesolone ( steroid ) then kalu tak naik amik IVIG ( plasma ) atau masukkan pletlet terus tapi ivig ngan pletlet tu boleh bertahan mungkin dalam sebulan je Atau langkah seterusnya buang limpa. Alahai extrem sangat lak sampai nak buang limpa nih. Taklah sampai takat tu. Setakat ni makan prednesolone 40mg/day then kurangkan sedikit-sedikit . Yang jadi masalahnya liat betul nak makan ubat sesab tau ubat tu ada side effect pada aku n baby. Lepas raya ni check balik brapa bilangan pletlet so kena amik darah then buat FBC ( Full Blood Count )
Bagi sesiapa yang mungkin ada tanda2 seperti ada bintik-bintik macam denggi tapi bintiknya besar sedikit then mudah lebam bila terlanggar sesuatu atau gosok gigi ada gum bleeding cuba check kat hospital mungkin kesan ITP. Jaga dan hargailah kesihatan sebab bila kita sakit mungkin kita akan rindukan keadaan sihat tu .... Semua yang berlaku adalah ketentuan Allah.
Oh ya teringat dulu masa kecik2 mak ingat aku ni kenapalah asyik lebam sana sini ingat kena sedut darah ngan pelesit agaknya sampai pegi berubat mandi bunga 7 jenis. Kesian mak risau sangat laa rupanya anak bungsu ni ada ITP gamaknya. Aura mandi bunga tu ada lagi tak sekarang yek. Terima Kasih mak , sayang mak..
MASUK WAD HOSPITAL PAKAR SULTANAH FATIMAH MUAR

Subscribe to:
Posts (Atom)