AYAH, IBU, AIMAN , AFIFAH & ALEESYA

AYAH, IBU, AIMAN , AFIFAH & ALEESYA

Wednesday, August 4, 2010

SELAMAT HARI JADI AFIFAH MAISARAH

dah 3 tahun dah anak dara ibu nih. melawa memanjang semua nak warna pink pastu ada gambar princess daripada berus gigi, baju, seluar pun sama. Tanya nak hadiah apa dia jawab nak patung barbie. so buat surprise kat dia macam tak nak beli sampai nak nangis kat shopping complex. tapi bila sampai umah lepas potong kek baru bagi hadiah menjerit suka dia bila dapat patung tu. Semoga anak ibu sihat dan dimurahkan rezeki. Jadi anak yang baik . Insyaallah...

Monday, August 2, 2010

Idiopathic Thrombocytopenic Purpura ( ITP)

Tanda Bintik merah yang berlaku bila pletlet terlalu rendah


Mungkin ada yang pernah dengar perkataan di atas dan kemungkinan besar tidak kecuali bagi yang terlibat secara langsung dengan medical. Dalam berita harian ahad lepas ada rencana berkaitan ITP dan aku adalah salah seorang yang menghadapinya.


Bagi pesakit ITP bilangan pletlet terlalu rendah mungkin 20 000 sahaja berbanding normal iaitu 150 000. Bila Pletlet rendah maka sel pembeku darah tu kurang le efisen dan boleh menyebabkan pendarahan di mana-mana bahagian badan. Mulut ke telinga ke otak ke dll. Sebab apa bilangan pletlet terlalu rendah ialah antibodi dalam badan yang bertindak memusnahkan pletlet sedangkan fungsi antobodi melawan infections dan diseases. Keadaan lebih kronik bila pragnent contohnya semasa masuk wad hari tu pletlet cuma 14 000 jeee.


So apa yang doktor lakukan ialah kena makan prednesolone ( steroid ) then kalu tak naik amik IVIG ( plasma ) atau masukkan pletlet terus tapi ivig ngan pletlet tu boleh bertahan mungkin dalam sebulan je Atau langkah seterusnya buang limpa. Alahai extrem sangat lak sampai nak buang limpa nih. Taklah sampai takat tu. Setakat ni makan prednesolone 40mg/day then kurangkan sedikit-sedikit . Yang jadi masalahnya liat betul nak makan ubat sesab tau ubat tu ada side effect pada aku n baby. Lepas raya ni check balik brapa bilangan pletlet so kena amik darah then buat FBC ( Full Blood Count )


Bagi sesiapa yang mungkin ada tanda2 seperti ada bintik-bintik macam denggi tapi bintiknya besar sedikit then mudah lebam bila terlanggar sesuatu atau gosok gigi ada gum bleeding cuba check kat hospital mungkin kesan ITP. Jaga dan hargailah kesihatan sebab bila kita sakit mungkin kita akan rindukan keadaan sihat tu .... Semua yang berlaku adalah ketentuan Allah.

Oh ya teringat dulu masa kecik2 mak ingat aku ni kenapalah asyik lebam sana sini ingat kena sedut darah ngan pelesit agaknya sampai pegi berubat mandi bunga 7 jenis. Kesian mak risau sangat laa rupanya anak bungsu ni ada ITP gamaknya. Aura mandi bunga tu ada lagi tak sekarang yek. Terima Kasih mak , sayang mak..

MASUK WAD HOSPITAL PAKAR SULTANAH FATIMAH MUAR


Dikesempatan semasa masuk wad sebab pletlet rendah sangat ( sbb chronic ITP) ada risalah berkenaan cara solat bagi pesakit. Lazimnnya bila masuk wad ada yang beranggapan alahai aku ni sakit macam mana nak solat tetapi betapa Allah memberikan kemudahan kepada umatnya agar mendirikan solat dalam apa jua keadaan. Jika tidak mampu berdiri maka duduk, jika tidak mampu duduk boleh berbaring dan jika berbaring tak mampu jua maka boleh sehingga menggerakkan kelopak mata pun boleh. Kesimpulannya memang Solat amat dititik beratkan dalam diri kita walau sakit. Renung-renungkan dan selamat beramal ....


Tuesday, July 6, 2010

MAKAN APA YANG SEDAP NIHHH....

JAMBU BOTOL SANGAT SEDAP

dah lama sangat tak jumpa jambu nih, pagi tadi member satu opis buat magic keluarkan 2 biji jambu nih dari bag dia. Pakcik jaga yang bagi. Bau dia harum , masam manis lemak memang kena je kat tekak time skrg. Ingat minggu nih nak beli kurma ngan kismis baik untuk kesihatan. Manalah tau boleh bijak bistari mcm member kat PJB si yun tu dapat 4.0 exam yang lepas.

Semalam makan soto nasi tak abih, pau tak abih, pisang goreng 2 ketul je. Pagi ni makan mee ngan nasi goreng tak abih. Tapi syukur Allah bagi kekuatan taklah mabuk sampai terlepek macam baby ke 2 sblm nih. Cuba nak makan sup kambing lak minggu nih kalau boleh masuk. Jom cuba makan kat Sup Sitam kat BP Walk. Terliur dah baru pikir belum makan lagi.

Sunday, July 4, 2010

KEHAMILAN TRIMESTER PERTAMA

Aiman masa umur 2 tahun, cari gambar masa dia baby tak jumpa lak kat PC . Masa baby muka dia pun bulat macam afifah tapi bila dah besar susut lak. Takpe yang penting sihat.
Afifah Maisarah masa baby cute sampai tak nampak leher. Skrg berat 13 kg je umur 3 tahun. Bg tau dia dalam perut ibu ada baby. pastu dia tanya mcm baby nak keluar. kenapa baby tak balas ckp dia bila ifa ckp ngan baby. terdiam kejap bila nak menjawab sbb kena susun ayat yang boleh dia faham.

Alhamdulillah syukur ku ucapkan di atas anugerah Allah yang amat hebat ialah berita kehamilanku masuk 6 minggu. Walaupun agak kurang bersedia dari segi mental tetapi aku yakin ketentuan dan ketetapan Allah memberikan rezeki ini. Ada hikmah disebalik apa yang berlaku.
Yang penting jaga diri dari segi rohani dan jasmani. Semoga Allah berikan hambaMu ini kekuatan. Insyaallah.

Tuesday, June 29, 2010

MAJLIS APC

Majlis APC berlangsung di Dewan A PICC Putrajaya , best dapat jumpa kawan2. Tahniah buat semua kita hidup, mati dan bekerja kerana Allah. Semoga dirahmati dan dilindungiNya . Insyaallah.


Majlis belum mula so amik gambar dululah
Stage tema merah menyala, klu aku pakai baju merah alamat bila naik tak nampak lak bila amik gambar

ha liyana pun ada ni masa raptai. Takziah sbb nenek dia meninggal pada hari berlangsung. Alfatihah semoga rohnya dicucuri rahmat


Ha yang comel n cute ni wani, gambar tak clear. suka eh amik gambar selit blkg nampak kecik je wanikan .




KEMBARA MAHKOTA JOHOR

Kembara Mahkota Johor baru berakhir. Kolej Komuniti wilayah johor dan jasin ada terlibat dalam menjayakan beberapa program kemasyarakatan penduduk setempat.
Untuk Kolej Komuniti Cawangan Muar bersama-sama Kolej Komuniti Ledang, Kolej Komuniti Bandar Tenggara dan Kolej Komuniti Pagoh menjalan aktiviti antaranya :
1- Program anak angkat
2- Khidmat Masyarakat
3- Kursus-kursus pendek
4- Promosi dan Pengambilan pelajar secara walk-in

Program berjalan di Kampung Melayu Chamek, Kluang

Kaunter promosi dan pengambilan pelajar ( Sabtu )
Permainan Tradisional pentaque oleh penduduk kampung

peserta sedang membuat balingan

Ada kaunter demonstrasi membuat roti , su dan nurul seronok nampak meroti. ramai peminat , kak ina amik gambar je ye kenapa lak kat dlm sini . mana kamera ye.

Kaunter promosi dan pengambilan pelajar, en hafiz termenung nampak.


Nurul syuhada pengacara majalah 3 juga membuat liputan , ni semasa di kaunter membuat kopi stesen keretapi , kluang. kalau tgk berita harian ada gambar tuanku minum kopi, kat kaunter nilah siap ada mesin kisar kopi lagi. Klu perasan kat blkg ada pokok kopi didatangkan khas segar dari ladang.

Gambar Tuanku dan kerabat Tuanku ada tetapi takut menjadi kesalahan jika upload di sini tu yang tak upload.



















kota

Anda Mungkin Juga Meminati

Related Posts with Thumbnails