AYAH, IBU, AIMAN , AFIFAH & ALEESYA

AYAH, IBU, AIMAN , AFIFAH & ALEESYA

Thursday, April 29, 2010

ROTI TUNA @ SARDIN

Roti Tuna nih paling senang sbb potong-potong pastu letak je dalam bekas last skali letak topping dia sebanyak mana yang dikehendaki. Letak banyak2 sikit sbb sendiri nak makan.

Resepi doh sama macam Roti inti kacang merah dalam post Jom Buat Roti yang lepas

First ratakan doh dan potong-potong lagi kecil lagi cantik roti tuh bila masak nanti

Ini dia bahan-bahan topping banyak sungguh, puas hati makan mcm nih
Dari atas kanan tuna ( dihancurkan ), cendawan butang, laga benggala , nenas
Bawah kanan isi ketam, bawang dan tomato - semua potong dadu


Bila dah potong masukkan dalam bekas seperti gambar di atas. Memang tak cantik tapi tgk hasil akhir nanti. Sapukan telur then letakkan semua bahan-bahan topping di atas roti. Nak lagi best taburkan cheese.



Dah siap dan ini dia hasilnya nak sangat topping lebih sampai terkeluar daripada bekas. Takpe nak makan sendiri kan.



Monday, April 26, 2010

SAMBAL TUMIS CILI PADI BELIMBING BULUH



Bila balik kampung kat Senggarang biasanya mak akan buat sambal tumis cili padi, sedapnya walau mulut ngomel cakap pedas tapi mulut tu juga yang suap nasi sampai tambah nasi sbb pedas tapi manis sehingga menjilat jari.

Walaupun sambal tu mudah tapi tetap tak sama dengan Mak masak dicampur dengan limpahan kasih sayang tak berbelah bagi daripada seorang Mak. Rindunya Mak .... Sayang Mak....

Ok jom pekena Lempeng cicah sambal cili padi , belimbing buluh ni tambah kemudian idea daripada mak mertua cuba letak belimbing buluh, Rasanya sedap gak pedas, manis ngan masam2 ckit.

50 biji cili padi
3 biji bawang merah
3 biji bawang putih
1 biji bawang besar
30 ekor bilis ( anggaran je, nak banyak ke ckit terpulang )
3 cm belacan
2 sudu makan gula
garam secukupnya
10 biji belimbing buluh ( bahan tambahan klu nak )

tumbuk cili padi ngan bilis dulu sbb tak nak banyak air nanti masuk terpercik mata. bila dah lumat baru letak bawang merah + putih + belacan . Last sekali masukkan bawang besar tumbuk takperlu lumat.
Tumis bahan yang ditumbuk sampai naik minyak dan tambah sedikit air + gula + garam biarkan seketika dan akhir sekali masukkan belimbing buluh .

BIG BOUQUET

aLHAMDULILLAH kAK aZATIE DAH SIHAT SO PENUHLAH DAPUR NGAN MASAKAN YANG SEDAP2 TUH. tHANKS kAK , nORMAH DAH AMIK BUNGA , tHANKS






oK BUNGA NI UNTUK KAK aZATIE SORRY ADA SEKUNTUM JE, AMIK BLAKANG UMAH


APAM MEKAR 1/2

Minggu lepas mmg sibuk sikit , nak renovate umah , siapkan folio , markah student dll almaklumlah dah nak final exam student2 nih. Harap semua bermula dan berakhir dengan baik seperti yang dirancang.

Tapi aktiviti masak berjalan spt biasa so tgk ramai blogger buat apam mekar, so terpanggil nak cuba sbb ada yang cakap menjadi mekarnya mmg happy tapi ada yang tak jadi tu yang nak tau kenapa sbb saya ni tergolong dalam apam yang 1/2 mekar je means tak jadilah. Apa plak sbbnya ye .

Ok ini dia apam mekar 1/2 warna hijau + pink. Aiman bawa bekal g sekolah setiap hari, jadi memang hari2 kena fikir n cari idea nak masak b/fast apa. Tak larat nak beratur katanya, mana nak beratur mana nak makan masa rehat sekejap je. Takpe bagus juga kita tau apa anak makan kat sekolah.

Resepi mana nak cari alahai amik kat myresepi blh tgk kat situ yek. Kongsi idea , kongsi resepi, tapi makan sendiri2 sbb jauh nak bagi. Jemput bismillah


Lama betul tak jual telur masin nih sejak pindah muar, sedapnya telur masin makan ngan bubur
Ok sapa nak order satu bekas ( 6 biji ) RM 4.50 mehhh borong klu nak byk 100 biji harga boleh runding manalah tau nak kenduri kahwin ke tunang ke ,potong jambul ke , berkhatan ke area Batu Pahat penghantaran ke rumah. Aritu kawan se office tapi duk Bangi nak telur masin siap rebus untuk majlis kahwin ( 100 biji )

Ni pulak Telur Itik pun ada jual gak , sebiji RM 0.50 , ramai kawan2 beli sbb diaorang masak lemak cili padi extra pedas....





Thursday, April 15, 2010

ROTI JALA



Pagi ni buat roti jala, bila tgh buat kat dapur datang Aiman baru siap nak g sekolah ...ye..yee ibu roti jala. Fav aiman lagi2 makan ngan kuah kari atau kuah durian.
Buat pagi td mcm kelam kabut ckit so main masuk tepung tak tau brapa sukat , letak susu tepung 2 scoop ( ifa ibu amik ckit susu enfagrow ye ) , garam , pewarna kuning, minyak jagung daisy tanpa kolestrol dlm 2 sudu makan ( bila nak menjala takyah letak minyak ) dan semestinya air. Masuk semua dan blender .... dah bolehlah menjala pepagi jumaat yang hujan lebat. Alhamdulillah sejuk bumi Allah .

KEREPEK KELADI SELATAH



kerepek keladi selatah , sedap sebab biasanya bila masa raya pergi ziarah rumah embah ( nenek ) sebelah mak kat senggarang dapat makan kerepek nih. smlm buat puashati dpt makan. Ada sapa-sapa nak order. hee...hee insyaallah... klu ada kesempatan dan bekalan keladi.


Bwk g opis pastu dengar kengkawan krak kruk krak kruk mengunyah tak berhenti . Makanlah rezeki Allah bagi, kongsi sama2. Makan-makan tapi baca bismillah.
Dapat dah pelanggan pertama kat opis . Pengarah nak 1 kg , kekangkawan pun nak gak. Alhamdulillah. Rezeki ... kita kena usaha cari.




Wednesday, April 14, 2010

BAHASA JAWA

Sedikit bahasa jawa yang boleh digunakan untuk perbuatan seharian antaranya :

Makan - Mangan
Contoh ayat : Bocah cilik iki mangan sego kambik endog godok
Makna ayat : budak kecil ini makan nasi bersama telur rebus

Ketawa - Nguyu

Contoh ayat : Bocah cilik iki nguyu ndelok cerito neng tv
Makna ayat : budak kecil ini ketawa tengok cerita kat tv
( tv dalam bahasa jawa mcm takde, disebut tv gak tapi klu ada harap bg info )


Berjalan - Melaku

Contoh ayat : Melaku lungo neng ngedei
Makna ayat : Berjalan pergi ke kedai


Minum- Ngombe
Contoh ayat : Ngombe wedang
Makna ayat : Minum air
Dalam bahasa jawa air untuk minum disebut wedang . Tetapi air selain untuk minum contohnya untuk mandi disebut banyu

Anda Mungkin Juga Meminati

Related Posts with Thumbnails