AYAH, IBU, AIMAN , AFIFAH & ALEESYA

AYAH, IBU, AIMAN , AFIFAH & ALEESYA

Tuesday, September 24, 2013

PAU BUNGA KACANG MERAH

Kuih pau yang dikukus boleh dibentuk mengikut kreativiti masing-masing. Untuk pau bunga ni belajar daripada satu blog semasa meronda-ronda blog yang lain tetapi maaf tidak dapat ingat. Ucapan terima kasih kepada empunya blog yang sudi berkongsi cara membuat pau ini. Semoga dimurahkan rezeki.

 Timbang doh 20g dan canai doh menjadi bulat
Bahagikan doh menggunakan scrapper kepada 6 bahagian seperti di atas

 Letak inti ditengah-tengah. Inti kacang merah lebih kurang 5-10g. 

 Balut inti mulai dengan satu bahagian.
 Untuk bahagian seterusnya pastikan pilih yang bertentangan dengan yang pertama tadi

 Lakukan langkah seterusnya sehingga habis dan bentuknya menjadi kelopak bunga.
Rehatkan doh dalam 30 minit dan kukus dengan api sederhana selama 10-15 minit. Ini merupakan pau yang telah dikukus. Kena praktis selalu untuk mendapatkan bentuk pau yang cantik. Selamat menjamu selera.

PAU GORENG PANAS.......



Pau lazimnya dikukus berwarna putih, lembut dan gebu. Isi yang pelbagai seperti kaya, daging dan kacang merah menjadi pilihan untuk sarapan dan minum petang. Untuk kali ini kita cuba pula pau goreng dan ianya boleh dikukus lembut dan terus dimakan. Jika ingin dijadikan sejuk beku juga boleh. Kita kongsi bersama resepi ini sumbangan Puan Salbiah yang mengajar dan insyaallah ilmu ini boleh disebarkan dan dimanafaatkan bersama.

1kg tepung gandum
100g gula pasir
3 cawan air suam
40g baking powder ( jika double action 2 sudu besar)
50g shortening
10g bread softener (pelembut roti)
10g yis ( jika 1 paket mauripan 11g boleh masuk semua )
* sedikit - hujung sudu pemutih pau jika nak letak boleh dan tak letak pun boleh juga.......

cara-cara
1. Masukkan semua bahan ke dalam mesin penguli dan uli selama 8-10 minit untuk menjadikan doh lembut dan tidak melekat ditangan.
2. Keluarkan doh dan timbang doh 20g setiap satu
3. Untuk inti kacang merah timbang 5 g setiap satu.
4. Masukkan inti kacang dan bulatkan kembali.
5. Rehatkan selama 30 minit , sebelum digoreng tekan sedikit bagi mendapatkan bentuk pau yang
agak leper.
6. Goreng sehingga kekuning-kuningan , angkat dan toskan.
7. Jika untuk disejukbeku, goreng sebentar dan angkat kemudian sejukkan sebelum disimpan.
Masukkan semua bahan-bahan di dalam mixer

 Timbang inti kacang merah 5gram setiap satu
 

Masukkan inti kacang merah ke dalam doh ( 20g setiap satu ) 
 
 Susun pau yang telah siap inti 30 minit sebelum digoreng. 
Sebelum digoren tekan sedikit doh supaya agak leper seperti di atas.
Jika hendak dikukus bulatkan dan letak kertas minyak di bahagian bawah pau.
Kukus 10-15 minit dengan api sederhana. Jika terlalu lama permukaan pau kurang cantik.

 Pau yang sedia untuk dikukus
Setelah dikukus









Friday, September 13, 2013

KETUPAT LEMBU

Ketupat jantung, ketupat pasar, ketupat sate dan ada beberapa jenis yang lain. Lazimnya hari raya memang banyak dan hampir setiap rumah di Johor akan menghidangkan ketupat bersama rendang dan kuah lodeh dan yang pasti kuah kacang akan tersedia jua.
Ketupat Lembu merupakan salah satu jenis ketupat yang wajib ada di Hari Raya. Cara membuatnya menggunakan 4 helai daun. Insyaallah di lain masa saya akan upload video membuat Ketupat Lembu sebab saya kene berguru dengan Tok Guru Ketupat ni.  Insyaallah....


Tuesday, October 11, 2011

RECYCLE HAIRCLIP

aktiviti bersama-sama afifah buat hairclip
orang lain guna kain flannel ke kain felt tapi kami berdua guna bahan terpakai. Yang penting seronok buat aktiviti ni dengan anak2. tersayang.



afifah bergaya dengan ladybird rainbow hairclip


Nie plak daisy hairclip with butterfly



ladybird rainbow hairclip


daisy hairclip with butterfly


Nilah bahan terbuang yang kami pakai










Thursday, September 29, 2011

Zoo Melaka - Nak Tengok Zirafah

Penat betul nak jalan seluruh zoo Melaka...


Post mesti cantik walau berpeluh dahi tuu...



Haaa tercapai juga hajat nak tengok zirafah... wow tingginya zirafah ni suka betul afifah

Ada satu lagi lepas ni nak naik gajah laaa




naik kuda dapat pusing2 keliling jadilah...







RAYA RAYA RAYA 2011

Jemput makan mak anum ... mee bandung muar n puding laici jee taun depan normah tambah menu ok.


ketupat lembu dilupa jangan
tinggalan nenek zaman berzaman



tetamu yang hadir...



bergosip apa tuuu....


Dah bujang cucu-cucu atuk n nenek.



aiman jaga adik yeee




Ni cucu atuk yang anak dara comel-comel belaka













New Passion - Orchid






Selama bertahun nie berulang alik dari rumah ke tmpt kerja yang aku perasan saujana mata memandang terbentang luas bendang padi yang menguning . tu je yang nampak cantik tapi baru2 ada sesuatu yang menarik untuk dijadikan collection iaitu orchid.


rasa damai je bila tgk bunganya berkembang mekar berwarna warni. Pakcik Yusof ( tokey orchid ) ada bagi tau walau skrg variasi warna-warna orchid boleh diperolehi tapi yg pasti ada satu yang tetap cantik dan indah dipandang iaitu orchid putih.


ok pasni koleksi orchid akan menyusul

Anda Mungkin Juga Meminati

Related Posts with Thumbnails