AYAH, IBU, AIMAN , AFIFAH & ALEESYA

AYAH, IBU, AIMAN , AFIFAH & ALEESYA

Thursday, September 29, 2011

RAYA RAYA RAYA 2011

Jemput makan mak anum ... mee bandung muar n puding laici jee taun depan normah tambah menu ok.


ketupat lembu dilupa jangan
tinggalan nenek zaman berzaman



tetamu yang hadir...



bergosip apa tuuu....


Dah bujang cucu-cucu atuk n nenek.



aiman jaga adik yeee




Ni cucu atuk yang anak dara comel-comel belaka













New Passion - Orchid






Selama bertahun nie berulang alik dari rumah ke tmpt kerja yang aku perasan saujana mata memandang terbentang luas bendang padi yang menguning . tu je yang nampak cantik tapi baru2 ada sesuatu yang menarik untuk dijadikan collection iaitu orchid.


rasa damai je bila tgk bunganya berkembang mekar berwarna warni. Pakcik Yusof ( tokey orchid ) ada bagi tau walau skrg variasi warna-warna orchid boleh diperolehi tapi yg pasti ada satu yang tetap cantik dan indah dipandang iaitu orchid putih.


ok pasni koleksi orchid akan menyusul

Monday, August 22, 2011

PUNTEL KUPING METU GENI

salam ramadhan buat warga jawa sedunia ; semalam dengar kt radio sinar dengan topik raya zaman dolu-dolu ada pemanggil cerita nak sambut raya nih sblm ramadhan dah buat persiapan cari kayu api nak masak. dan ada satu ayat jawa yang disebut iaitu puntel kuping metu geni

tajuk atas puntel kuping metu geni ni maksudnya putar telinga keluar api dan ianya dikaitkan dengan dapur gas skrg, putar jer keluar api tak macam dulu kena cari kayu api kat kebun baru boleh nak masak. zaman berganti zaman tapi memori tetap diingatan. Sayang mak rindu mak. doakan mak sihat sejahtera dibawah lindunganNya. Insyaallah.

citer aku raya dulu2 yang paling ingat mak pukul telur untuk buat kuih bahulu dalam pasu besar lagi besar dari sepemeluk tangan nih. siap dengan pemukul besar. orang pangil pengencap bahulu. tapi skrg mak dah tak buat lagi. penat nak memukul nak buat bara api bakar atas bawah. isss berasap satu umah. tradisi yang semakin hilang ditelan zaman.


Sunday, August 14, 2011

Munjung @ Punjungan

Hari nie balik kampung tolong mak n kakak masak untuk munjung jiran2 n family sekeluarga. memang dah tradisi setiap ramadhan akan masak2 dan munjung. Banyak tu masak untuk 48 buah umah nak hantar. Menu tahun nie

(1) Ketupat - ketupat segera
(2) Daging ayam masak kicap ( tapi letak kerisik + santan + daun limau purut )
(3) Sambal tumis petai udang + telur ( kakak punya fav - petai )
(4) Lodeh

mula sedia bahan dari 7 pagi dan siap masak kul 1.30 tgh. Bila nak bungkus tu yang lama dari kul 2 smpai 4 ptg pastu penghantaran ke muka pintu setiap sedara dan jiran-jiran.

Pasni sedara mara plak yang munjung kat mak. Lazimnya seminggu nak raya mcm tak payah masak terutama hari sabtu ahad mmg compem ada orang munjung smpai tak muat meja. Rezeki Allah bagi.

Teringat kat Somalia berapa ribu kanak2 mati kebuluran, kita kat sini bersyukur makanan mmg berlambak2 terutama bulan Ramadhan. Bazar Raadhan mmg medan tumpuan orang ramai nak dptkan apa2 saja makanan. Tunjuk sana sini tapi bila dah berbuka makanan tak habis dah membazir plak

semoga Ramadhan ini menjadi bulan penuh kerahmatan dan berbelanjalah dengan penuh berkhemah walau bonus ada jimat2lah , berpada2lah.


Saturday, August 13, 2011

Motivasi Untuk Bekerja


Kemana hilangnya motivasi bekerja diriku. Ada sesuatu yang hilang... pergi kerja balik kerja cuba sedaya upaya membereskan tugasan yang diberi tanpa ada sedikit cela tapi mana mampu kudrat ini memastikan ianya sentiasa dalam penuh kecemerlangan.


Aleesya Dah Merangkak




Dikeheningan malam nie terN3 lebih sikit. Lama amik cuti Berblog tahlah mana silapnya, hilang plak skil menulis. Nak kata kerja ... orang lain pun kerja gak. Takde masa ... orang lain pun ada 24 jam sama gak. Mana silapnya tanya sama diri bukan tanya sama hud-hud


Dah merangkak aleesya nampaknya. Sekejap kat sini karang sekejap kat sana. Hah boleh tolong lap lantai umah nenek. Dah mula makan dan kuat minum susu.


SAYANG ABANG SAYANG ADIK SAYANG SEMUA

Sayang Abang Aiman


Sayang Adik Aleesya




Sayang Semua


Ramadhan berlalu dengan pantas. Dah separuh jalan nak menuju syawal. Amal ibadat ditahap mana... Diri sendiri yang mampu menjawabnya..


Afifah sayang semua, inilah anak-anak ku permata hati kurniaan Allah Yang Maha Esa.

Tahun ni Afifah belum dapat puasa, botol susu masih tak boleh tinggal. Harap Aiman dapat puasa penuh mcm tahun-tahun sudah. Insyaallah.


Assalamualaikum wbt






Anda Mungkin Juga Meminati

Related Posts with Thumbnails