AYAH, IBU, AIMAN , AFIFAH & ALEESYA

AYAH, IBU, AIMAN , AFIFAH & ALEESYA

Saturday, August 13, 2011

Aleesya Dah Merangkak




Dikeheningan malam nie terN3 lebih sikit. Lama amik cuti Berblog tahlah mana silapnya, hilang plak skil menulis. Nak kata kerja ... orang lain pun kerja gak. Takde masa ... orang lain pun ada 24 jam sama gak. Mana silapnya tanya sama diri bukan tanya sama hud-hud


Dah merangkak aleesya nampaknya. Sekejap kat sini karang sekejap kat sana. Hah boleh tolong lap lantai umah nenek. Dah mula makan dan kuat minum susu.


SAYANG ABANG SAYANG ADIK SAYANG SEMUA

Sayang Abang Aiman


Sayang Adik Aleesya




Sayang Semua


Ramadhan berlalu dengan pantas. Dah separuh jalan nak menuju syawal. Amal ibadat ditahap mana... Diri sendiri yang mampu menjawabnya..


Afifah sayang semua, inilah anak-anak ku permata hati kurniaan Allah Yang Maha Esa.

Tahun ni Afifah belum dapat puasa, botol susu masih tak boleh tinggal. Harap Aiman dapat puasa penuh mcm tahun-tahun sudah. Insyaallah.


Assalamualaikum wbt






Sunday, May 15, 2011

SELAMAT HARI GURU

16 MEI 2011 - SELAMAT HARI GURU ku ucapkan kepada semua pendidik tak kira di mana jua .... di sekolah mahu pun institusi pengajian tinggi bila tugas hakiki tu mengajar maka inilah hari sambutan khas untuk anda semua.

ada seorang cikgu nih sampai sekarang aku ingat masa sekolah rendah . adalah satu hari dia soal dalam kelas subjek english... ejaan untuk basikal dlm bahasa inggeris , bolehlah semua salah jawab , memang betul -betul bangang kot anak murid termasuklah aku. pastu kita orang kena denda berdiri dan keluar basahkan kepala biar otak kitaorang fresh sikit. aku yang pakai tudung nih habis basah kuyup dan smpai skrg aku ingat eja basikal ialah bicycle... terima kasih cikgu. tapi aku lupalah nama cikgu nihhh....

masa sekolah menengah lah aku takkan lupa cikgu nih garang n tegas masa mengajar tapi sebenarnya dia sporting. Ajar subjek elektrik , aku rasa susah sgt nak paham tah lah. klu letak lembu kat depan nih lembu pun dah pandai tapi awak tak pandai2. aku ingat ayat dia yang poser tuh. alhamdulillah cikgu saya skrg mengajar subjek elektrik. mmg mencabar gak dan sabar adalah separuh drpd iman, saya faham perasaan cikgu pada tahun 1995 dan 1996 masa mengajar kelas saya di smtjb. terima kasih cikgu saluah. sayang cikgu

Thursday, March 31, 2011

SeMPeRIt


N3 hari jumaat ni Biskut Semperit. Permintaan Aiman nak biskut nih. Cuba resepi darp majalah Rasa Mac 2011 dapd chef Noraini Adnan. Saja nak cuba resepi lain . bahan-bahan 125 g mentega 125 g gula 2 biji telur @ 4 biji kuning telur 345 g tepung jagung 1 sudu teh esen vanilla cara-cara 1. putar mentega + gula sampai kembang. Kemudian masukkan telur + esen vanilla 2. Masukkan tepung dan uli sebati 3. boleh terap ngan acuan seperit kemudian bakar suhu 170 darjah dalam 10-15 minit

Tuesday, March 29, 2011

ROTI OH ROTI

hujung minggu buat roti kacang merah. Mak yang uli roti ni pakai tangan ... so ini kira betul2 air tangan mak n adik n aku yang design bulat ada, bentuk daun ada tak lupa wajib ada yang bentuk mcm ulat pic no 2 tuh..
Nak panggil roti daun boleh... roti bunga pun boleh...

roti yang belah kanan n kiri adalah bentuk wajib ada bila buat roti... resepi kali ni adik yang bagi , ada beza ckit sbb ada guna water roux iaitu tepung gandum + air yang perlu dimasak api perlahan atas api... hasilnya roti lembut dan gebu.

ALEESYA MARISSA

Tarikh 8 Februari kelahiran dinanti

Aleesya Marissa nama diberi

Menambah kebahagiaan keluarga kami



NAK JALAN-JALAN KAT TAMAN TASIK U





Hari minggu pagi2 bersiap pergi taman tasik Y . Tapi anak2 silap cakap masa mula2 ajak nak pergi main2 kat taman tasik U, so skrg sudah tukar Y kpd U. Ramai gak yg datang kat taman terutamanya family dan student2 sek.


susah gak nak bela dinasour ni kat belakang umah. tak cukup klu nak bagi makan dedak macam ayam .


panjat tangga tu baik2 aiman

seronok afifah main gelongsor
suka betul kat dinasour nih...


yeee buai laju-laju sampai cucur atap


main gelongsor tinggi .... ibu pun takut nak naik


jaga anak yee ... ayah ni hebat betul

Anda Mungkin Juga Meminati

Related Posts with Thumbnails