AYAH, IBU, AIMAN , AFIFAH & ALEESYA

AYAH, IBU, AIMAN , AFIFAH & ALEESYA

Sunday, May 15, 2011

SELAMAT HARI GURU

16 MEI 2011 - SELAMAT HARI GURU ku ucapkan kepada semua pendidik tak kira di mana jua .... di sekolah mahu pun institusi pengajian tinggi bila tugas hakiki tu mengajar maka inilah hari sambutan khas untuk anda semua.

ada seorang cikgu nih sampai sekarang aku ingat masa sekolah rendah . adalah satu hari dia soal dalam kelas subjek english... ejaan untuk basikal dlm bahasa inggeris , bolehlah semua salah jawab , memang betul -betul bangang kot anak murid termasuklah aku. pastu kita orang kena denda berdiri dan keluar basahkan kepala biar otak kitaorang fresh sikit. aku yang pakai tudung nih habis basah kuyup dan smpai skrg aku ingat eja basikal ialah bicycle... terima kasih cikgu. tapi aku lupalah nama cikgu nihhh....

masa sekolah menengah lah aku takkan lupa cikgu nih garang n tegas masa mengajar tapi sebenarnya dia sporting. Ajar subjek elektrik , aku rasa susah sgt nak paham tah lah. klu letak lembu kat depan nih lembu pun dah pandai tapi awak tak pandai2. aku ingat ayat dia yang poser tuh. alhamdulillah cikgu saya skrg mengajar subjek elektrik. mmg mencabar gak dan sabar adalah separuh drpd iman, saya faham perasaan cikgu pada tahun 1995 dan 1996 masa mengajar kelas saya di smtjb. terima kasih cikgu saluah. sayang cikgu

Thursday, March 31, 2011

SeMPeRIt


N3 hari jumaat ni Biskut Semperit. Permintaan Aiman nak biskut nih. Cuba resepi darp majalah Rasa Mac 2011 dapd chef Noraini Adnan. Saja nak cuba resepi lain . bahan-bahan 125 g mentega 125 g gula 2 biji telur @ 4 biji kuning telur 345 g tepung jagung 1 sudu teh esen vanilla cara-cara 1. putar mentega + gula sampai kembang. Kemudian masukkan telur + esen vanilla 2. Masukkan tepung dan uli sebati 3. boleh terap ngan acuan seperit kemudian bakar suhu 170 darjah dalam 10-15 minit

Tuesday, March 29, 2011

ROTI OH ROTI

hujung minggu buat roti kacang merah. Mak yang uli roti ni pakai tangan ... so ini kira betul2 air tangan mak n adik n aku yang design bulat ada, bentuk daun ada tak lupa wajib ada yang bentuk mcm ulat pic no 2 tuh..
Nak panggil roti daun boleh... roti bunga pun boleh...

roti yang belah kanan n kiri adalah bentuk wajib ada bila buat roti... resepi kali ni adik yang bagi , ada beza ckit sbb ada guna water roux iaitu tepung gandum + air yang perlu dimasak api perlahan atas api... hasilnya roti lembut dan gebu.

ALEESYA MARISSA

Tarikh 8 Februari kelahiran dinanti

Aleesya Marissa nama diberi

Menambah kebahagiaan keluarga kami



NAK JALAN-JALAN KAT TAMAN TASIK U





Hari minggu pagi2 bersiap pergi taman tasik Y . Tapi anak2 silap cakap masa mula2 ajak nak pergi main2 kat taman tasik U, so skrg sudah tukar Y kpd U. Ramai gak yg datang kat taman terutamanya family dan student2 sek.


susah gak nak bela dinasour ni kat belakang umah. tak cukup klu nak bagi makan dedak macam ayam .


panjat tangga tu baik2 aiman

seronok afifah main gelongsor
suka betul kat dinasour nih...


yeee buai laju-laju sampai cucur atap


main gelongsor tinggi .... ibu pun takut nak naik


jaga anak yee ... ayah ni hebat betul

Sunday, February 20, 2011

ITP in Pragnancy

ASSALAMUALAIKUM

Alhamdulillah diberikan Allah kekuatan dan hayat masih dikandung badan untuk terus berbicara diblog ini. N3 yang pertama setelah berbulan lamanya bercuti ialah mengenai ITP in pragnancy sebab ianya pengalaman sendiri. Ada juga daripada laman web yang dilayari boleh memberi banyak informasi buat kita semua.

bagi kepada mereka yang telah di diagnosis ada Chronic ITP maka wajar buat pemeriksaan berterusan sebelum mengandung dan sepanjang kandungan bagi memastikan tahap platlet dapat dipantau oleh doktor bahagian hematologi. ini penting sbb bila platlet terlalu rendah boleh membahayakan kandungan dan ibu. Lazimnya rawatan awal ialah keep on prednosolone , bergantung kpd doktor nak beri dos ubat berapa byk berpandukan kadar platlet . mcm saya it,s start 60mg ( 12 biji ) hingga 20 mg daily . side effect mmg ada jadi tanya doktor atau tgk wikipedia pun ada. kena tau sbb mungkin diawal kandungan ada side effect pada baby.

ok di N3 akan datang cerita lagi sepanjang 19 hari di hospital sebelum dan selepas melahirkan anak ke 3 ketika kadar platlet terlalu rendah iaitu 1000 uL sahaja. sedangkan normal ialah 150 000 uL.

The reference range of a normal platelet count in nonpregnant women and newborns is 150,000-400,000/µL; however, mean platelet counts in pregnant women generally are lower
rujukan :
http://emedicine.medscape.com/article/208697-overview

Tuesday, October 19, 2010

KURSUS BUAT KEK DI MRSM MUAR

Alhamdulillah kursus berjalan dengan baik melibatkankan pelajar daripada Sekolah MRSM Muar. Beberapa Kursus lain yang dijalankan antaranya kursus rawatan muka (facial), Kurutan refleksiologi, Kursus membuat pizza dan yang saya dan kak janipah handle ialah Kursus Membuat Kek. Kek yang dibuat pada 09 Oktober 2010 ialah Kek Marble. Jom kita tengok kebolehan pelajar MRSM Muar menghasilkan Kek seramai 25 orang pelajar.

Sebahagian daripada pelajar perempuan yang menghasilkan kek marble .
Ini dia siap ada love lagi kat tengah2. Hasil daripada pelajar perempuan

Ini pula pelajar lelaki dengan hasil kek yang telah siap sebelum dibakar


Fokus hasil daripada pelajar lelaki . pilihan warna coklat, hijau, strawberry dan lemon



Bergambar sebelum kek dimasukkan dalam ketuhar. Tunggu lagi 55 minit tapi gambar yang dah siap takde sbb dah kena makan panas2. Tak sempat nak amik.





Anda Mungkin Juga Meminati

Related Posts with Thumbnails