AYAH, IBU, AIMAN , AFIFAH & ALEESYA

AYAH, IBU, AIMAN , AFIFAH & ALEESYA

Tuesday, March 29, 2011

NAK JALAN-JALAN KAT TAMAN TASIK U





Hari minggu pagi2 bersiap pergi taman tasik Y . Tapi anak2 silap cakap masa mula2 ajak nak pergi main2 kat taman tasik U, so skrg sudah tukar Y kpd U. Ramai gak yg datang kat taman terutamanya family dan student2 sek.


susah gak nak bela dinasour ni kat belakang umah. tak cukup klu nak bagi makan dedak macam ayam .


panjat tangga tu baik2 aiman

seronok afifah main gelongsor
suka betul kat dinasour nih...


yeee buai laju-laju sampai cucur atap


main gelongsor tinggi .... ibu pun takut nak naik


jaga anak yee ... ayah ni hebat betul

Sunday, February 20, 2011

ITP in Pragnancy

ASSALAMUALAIKUM

Alhamdulillah diberikan Allah kekuatan dan hayat masih dikandung badan untuk terus berbicara diblog ini. N3 yang pertama setelah berbulan lamanya bercuti ialah mengenai ITP in pragnancy sebab ianya pengalaman sendiri. Ada juga daripada laman web yang dilayari boleh memberi banyak informasi buat kita semua.

bagi kepada mereka yang telah di diagnosis ada Chronic ITP maka wajar buat pemeriksaan berterusan sebelum mengandung dan sepanjang kandungan bagi memastikan tahap platlet dapat dipantau oleh doktor bahagian hematologi. ini penting sbb bila platlet terlalu rendah boleh membahayakan kandungan dan ibu. Lazimnya rawatan awal ialah keep on prednosolone , bergantung kpd doktor nak beri dos ubat berapa byk berpandukan kadar platlet . mcm saya it,s start 60mg ( 12 biji ) hingga 20 mg daily . side effect mmg ada jadi tanya doktor atau tgk wikipedia pun ada. kena tau sbb mungkin diawal kandungan ada side effect pada baby.

ok di N3 akan datang cerita lagi sepanjang 19 hari di hospital sebelum dan selepas melahirkan anak ke 3 ketika kadar platlet terlalu rendah iaitu 1000 uL sahaja. sedangkan normal ialah 150 000 uL.

The reference range of a normal platelet count in nonpregnant women and newborns is 150,000-400,000/µL; however, mean platelet counts in pregnant women generally are lower
rujukan :
http://emedicine.medscape.com/article/208697-overview

Tuesday, October 19, 2010

KURSUS BUAT KEK DI MRSM MUAR

Alhamdulillah kursus berjalan dengan baik melibatkankan pelajar daripada Sekolah MRSM Muar. Beberapa Kursus lain yang dijalankan antaranya kursus rawatan muka (facial), Kurutan refleksiologi, Kursus membuat pizza dan yang saya dan kak janipah handle ialah Kursus Membuat Kek. Kek yang dibuat pada 09 Oktober 2010 ialah Kek Marble. Jom kita tengok kebolehan pelajar MRSM Muar menghasilkan Kek seramai 25 orang pelajar.

Sebahagian daripada pelajar perempuan yang menghasilkan kek marble .
Ini dia siap ada love lagi kat tengah2. Hasil daripada pelajar perempuan

Ini pula pelajar lelaki dengan hasil kek yang telah siap sebelum dibakar


Fokus hasil daripada pelajar lelaki . pilihan warna coklat, hijau, strawberry dan lemon



Bergambar sebelum kek dimasukkan dalam ketuhar. Tunggu lagi 55 minit tapi gambar yang dah siap takde sbb dah kena makan panas2. Tak sempat nak amik.





Thursday, September 30, 2010

KURSUS MEMBUAT "CHEESE CAKE"

Alhamdulillah ku bersyukur ke hadrat Allah kerana kursus membuat cheese cake dapat aku jalankan dengan bantuan semua pihak warga Kolej Komuniti Cawangan Muar yang memberikan kerjasama sepenuhnya. Daripada pembelian barang2 kek, penyediaan tempat, penyediaan membuat kek sebelum kursus mengemas dan menyediakan juadah untuk peserta dan mengambil gambar untuk tatapan semua. Terima kasih diucapkan


Barisan Pelajar dan Guru dari SK Ismail (1) Muar yang menghadiri kursus bersama2 pengarah Kolej Komuniti Cawangan Muar serta pengajar kursus

Pelajar yang mengabil bahagian dipantau oleh guru pengiring mencuba mengadun bahan-bahan yang telah dicampurkan.

ni cheese cake strawberry baru dimasukkan dalam oven tunggu dlm 50 minit baru masak


Bersungguh-sungguh cikgu dan pelajar nih.... tahniah



Guru penolong kanan sekolah juga tunjuk bakat dalam kursus ni. sambil guru lain menuang whipping cream. nampak tangan je cikgu ni. gambar dia no 2 dari atas.




heee...heee ni yang mengajar, ilmu kepunyaan Allah maka kongsilah beramai2


sebelum kursus puan zaza bantu membuat kek bagi peserta kursus sbb cheese cake sedap makan sejuk so kena buat awal.







Sunday, September 26, 2010

SUASANA HARI RAYA

suasana yang pertama ni kengkawan adik ipar aku makan mee bandung sampai licin. Sedap sangat mee yang aku panaskan sbb tak masak beli siap jeee. Air n puding laici tu buatlah

Ni ipar duai sedang menikmati kuih raya n cerita2 raya kat tv


Ni pulak anak dara si afifah tunggu tetamu sesorang manalah si Aiman nih.

Sebelu balik adik ipar n kengkawan dia mesti bergambar dulu ngan mak n abah. Klu perasan ada kerongsang goyang2 kat songkok masing2. Hah mcm Group Tarian Zapin kan....

Ni abang Jon n kakak ipar Kak Lia . Nama sebenar Abang aku ni Mashuri , Tokey Telur Masin. Telur masin yang aku jual kat PJB tu amik dari dialah.


Ni pulak Kak Ana. Nama sebenar Siti Rohana. Dulu masa keja kat fujitsu naik motor ngan dia keja 12 jam malam. bila balik pagi selalu tertidur atas motor, siap aku kena marah hhhaaaa. Nasiblah mcm klu aku jatuh masa tidur tu...


Ni lak abang Apang . Nama sebenar Zaini atau Jaafar. Tukang rumah, mewarisi kemahiran arwah abah. Kakak ipar ni kak Tam, ada gerai pisang goreng kat depan umah di kampung parit besar batu pahat









Sunday, September 19, 2010

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI

Salam aidilfitri buat semua. Alhamdullillah segalanya berjalan lancar dan menggembirakan walaupun letih sedikit. Biasalah raya2 mcm nih berjalan lebih.


Raya pertama pg umah mak lepas solat jumaat. Solat jumaat kat Masjid Parit Raja. Tgkpunyalah ramai orang dan yang pasti masih ada penjaja buah2 dan lain2 yang berniaga di bazar ramadhan depan kompleks masih berniaga menghabiskan saki baki hasil jualan.
Afifah masam muka sbb letih . Mak pun senyum ckit jelah penat masak n goreng kerepek keladi selatah sbb banyak permintaan.


Anak dara n bujang ibu nih dah besar

Nih masa gambar paling best sbb bergambar satu family. Haa klu nak tau baju yang husb pakai nih baju nikah n kain aku pun sama tapi buat baju lain lah. Saja mengingat kembali zaman2 dulu. best.... best... best...


Posing ngan suami tersayang. Mcm baru lepas nikah tapi version yang kami ni berat badan dah tambah ckit laaa.



Haaa ni wajib amik gambar raya satu family sebelah suami tapi ada 1 family yang takde sbb beraya sebelah mertua tuh yang lambat..... n takde kat sini.





Tuesday, September 7, 2010

HARI JADI YANG KE 31

Alhamdulillah nampaknya Allah beri kesihatan kepada aku untuk meneruskan perjalanan hidup ini. Rasanya banyak yang N3 nak masuk dari biskut-biskut raya n rumah baru yang sederhana adanya tapi kesempatan dan kesihatan yang agak kurang.

Haaa ni surprise dari suami tersayang birthday cake sorok dlm peti sejuk bawah sekali, sbb bajet aku tak nampak n kebetulan nak buka puasa cari Milo dah abih so buka peti sejuk cari milo ada tak. Wow besarnye cake nih. Haa tak jadi surprise tapi senyum sampai telinga sbb best dapat Choc + cheese cake yang sgt sedap. Thanks buat suami ku yang tersayang sbb jaga n bahagiakan diri ini.



Yang ini lak student sem 1 bagi jemput-jemput sempena birthday n buka puasa. Satu mangkuk besar diorang bagi boleh buat kenduri satu kampung. Apa2 pun thanks semua atas ucapan dan nyayian happy birthday dalam kelas . Sayang semua

Esoknya sempat bagi tips kat student mcmnak buat jemput2 yang lembut.
(1) blender nasi dan masukkan sekali dalam adunan jemput2 @ ( yg ini selalu buat sbb jemput2
akan lembut walau dah sejuk )
(2) boleh gak letak ckit baking powder @
(3) masukkan air panas semasa mengadun @
(4) guna sedikit minyak panas dlm adunan untuk dptkan jemput2 rangup( yg ini tak brapa nak
sarankan sbb dahlah goreng guna minyak pastu msukkan minyak lg dalam adunan.
Brapa byk minyak nak guna daaaa )




Anda Mungkin Juga Meminati

Related Posts with Thumbnails