AYAH, IBU, AIMAN , AFIFAH & ALEESYA

AYAH, IBU, AIMAN , AFIFAH & ALEESYA

Tuesday, June 29, 2010

MAJLIS APC

Majlis APC berlangsung di Dewan A PICC Putrajaya , best dapat jumpa kawan2. Tahniah buat semua kita hidup, mati dan bekerja kerana Allah. Semoga dirahmati dan dilindungiNya . Insyaallah.


Majlis belum mula so amik gambar dululah
Stage tema merah menyala, klu aku pakai baju merah alamat bila naik tak nampak lak bila amik gambar

ha liyana pun ada ni masa raptai. Takziah sbb nenek dia meninggal pada hari berlangsung. Alfatihah semoga rohnya dicucuri rahmat


Ha yang comel n cute ni wani, gambar tak clear. suka eh amik gambar selit blkg nampak kecik je wanikan .




KEMBARA MAHKOTA JOHOR

Kembara Mahkota Johor baru berakhir. Kolej Komuniti wilayah johor dan jasin ada terlibat dalam menjayakan beberapa program kemasyarakatan penduduk setempat.
Untuk Kolej Komuniti Cawangan Muar bersama-sama Kolej Komuniti Ledang, Kolej Komuniti Bandar Tenggara dan Kolej Komuniti Pagoh menjalan aktiviti antaranya :
1- Program anak angkat
2- Khidmat Masyarakat
3- Kursus-kursus pendek
4- Promosi dan Pengambilan pelajar secara walk-in

Program berjalan di Kampung Melayu Chamek, Kluang

Kaunter promosi dan pengambilan pelajar ( Sabtu )
Permainan Tradisional pentaque oleh penduduk kampung

peserta sedang membuat balingan

Ada kaunter demonstrasi membuat roti , su dan nurul seronok nampak meroti. ramai peminat , kak ina amik gambar je ye kenapa lak kat dlm sini . mana kamera ye.

Kaunter promosi dan pengambilan pelajar, en hafiz termenung nampak.


Nurul syuhada pengacara majalah 3 juga membuat liputan , ni semasa di kaunter membuat kopi stesen keretapi , kluang. kalau tgk berita harian ada gambar tuanku minum kopi, kat kaunter nilah siap ada mesin kisar kopi lagi. Klu perasan kat blkg ada pokok kopi didatangkan khas segar dari ladang.

Gambar Tuanku dan kerabat Tuanku ada tetapi takut menjadi kesalahan jika upload di sini tu yang tak upload.



















kota

AISKRIM COKLAT


Hari ni nak makan ais krim coklat , aiman nak strawberry lak takpe kita buat satu2.
Resepi ni kak janipah yang bagi jom cuba

2 cawan susu UHT dutchlady perisa coklat ( nak perisa lain terpulang kpd individu )
2 cawan krimer cofeemate

cara-cara
1. masukkan kedua-dua bahan ke dalam blender
2. blender semua bahan sehingga sebati . warna akan bertukat sedikit coklat keputihan
3. simpan adunan dalam peti sejuk bahagian sejuk beku sehingga beku
4. keluarkan dan blender lagi kali ke 2 kemudian simpan semula dalam peti sejuk beku
5. bila beku keluarkan dan blender untuk kali ke 3 dan simpan semula dalam peti sejuk beku
6. selepas ni barulah boleh dimakan, boleh tambah cip coklat sebagai hiasan

Friday, June 11, 2010

MUSIM DURIAN DATANG LAGI


Aiman ada tanya , ibu buah apa dikenali sebagai king of fruits , jawabnya buah durian lee.. pastu dia tanya lagi buah apa Queen of fruits , lambat ckit saya nak jawab memikirkan buah apa. Cikgu cakap buah mangosten.. ohhh buah manggis lah...
Beli durian kat jalan tanjung laboh , tokey tu ckp durian bukit , memang sedap, isi banyak dan biji dia kecil je ( dlm bahasa jawa kasep ). Bila dah kenyang ada lebih , buat gula durian dan boleh makan ngan roti jala atau roti gardenia. roti apa2 brand pun sedap juga

Roti Jala makan ngan gula durian

Thursday, June 10, 2010

KURSUS KEK LAPIS PELBAGAI

peserta kursus sedang menunjukkan kehebatan memukul adunan telur sehingga gebu.


kak janipah sedang menyukat gula , sukat betul2 kak jangan terkurang ke terlebih sudah.

Ni rupa kek lapis horliks yang dah siap , reja2 tepi tu tak buang lagi so tak nampak lapisan. takpe yang pasti enak dimakan kek ni yang habis dulu bila bawa balik umah masing2
Ni kek lapis asas manis guna kaedah kukus


Kursus Kek Lapis Pelbagai berlangsung di Kolej Komuniti Cawangan Muar ni mengkhusus kepada 2 kek iaitu kek lapis horliks dan kek lapis asam manis.


Tenaga pengajarnya saya dan dibantu oleh cik exal yang dijemput khas dari Bagan, semerah Batu Pahat. He...He.. terima kasih cik exal , nanti belanja makan wei.....
jom tgk resepi


KEK LAPIS HORLICKS

Bahan-bahan
10 biji telur
16 oz mentega – 450 g
1 tin susu manis
1 botol/ paket 200 g horliks
1 gelas gula kasar/ pasir
2 gelas tepung gandum
1 sudu teh essen vanilla
Sedikit ovellet

Cara ;
pukul telur, gula, tepung , horliks dan ovellet guna kelajuan tinggi hingga kembang dalam satu bekas
pukul mentega dan susu dalam bekas lain hingga putih
kemudian campurkan kedua-dua adunan tadi dan pukul hingga rata.
ambil kira-kira 4 sudu makan / 1 senduk nasi adunan tadi dan ratakan dalam loyang untuk dibakar dengan api atas. Apabila bahagian atas adunan yang dibakar bertukar coklat tua, ulang hingga habis


KEK LAPIS ASAM MANIS

Bahan – bahan
10 biji telur
½ gelas susu pekat manis
1 gelas gula halus
2 gelas serbuk biskut ( saya guna biskut marie origanal diblender & diayak )
12 oz margerin – 340 g
3 ½ bungkus asam
1 sudu teh essen vanilla

Cara :
1. Pukul telur , gula dan vanilla hingga kembang
2. Pukul margerin dan susu hingga putih
3. Satukan kedua-dua adunan dan pukul hingga sebati.
4. Masukkan serbuk biskut sedikit demi sedikit.
5. Bahagikan adunan kepada 2 bahagian , warna hijau dan kuning.
6. Kukus selapis demi selapis berselang seli dengan lapisan asam manis.

PEPERIKSAAN AKHIR AMALI

Assalamualaikum wbt. Puan wani kata kita sibuk ye... takdelah semua insan di dunia ni Allah bagi 24 jam maka sewajarnya gunakan sebaiknya. Kesibukan ini lantaran pelajar2 yang menghadapi ujian akhir amali dan teori. Di sini kursus kecantikan dan dandanan jadi ada amali rawatan asas muka

Nad buat persediaan stail bali, ada bunga-bungaan dan hamparan batik menunggu pelanggan . Ini sebahagia daripada kreativiti pelajar. Lagu instrumental seperti di SPA bali berkumandang semasa ujian dijalankan.


Zara sedang melakukan proses pembersihan pertama dan kelihatan lampu aromaterapi membangkitkan haruman lavander semasa ujian akhir amali bagi rawatan muka berjalan.

Tuesday, May 18, 2010

ROTI KACANG MERAH EXTRA

Malam tadi buat roti kacang merah mcm biasa aiman n afifah tolong, sepatutnya boleh dapat 17 biji tinggal 16 sebab lunyai doh tu mereka berdua kerjakan. Takpelah semangat nak tolong tu yang penting.

Resepi ni copy dari blog Mat Gebu yang femes bab masak2. Terima kasih bebanyak ye, ada ubah sikit-sikit jelah ikut kesesuaian saya

Bahan-Bahannya
500 g tepung roti (high-protein flour)
100 g gula halus
5 g garam halus
20 g susu tepung
1/4 camca teh bread improver
1 biji telur gred B, dipukul sedikit
11 g yis segera
40 g shortening (lemak sayur)
250 g air ( guna 50 g air suam bancuh yis + gula 1/2 sudu kecil )
inti kacang setiap satu 20 g

Cara membuatnya :-)
1. Satukan semua bahan diatas kecuali inti dan lemak sayur. Gaul rata hingga menjadi doh.
2. Tambah lemak sayur dan terus menguli hingga adunan menjadi lembut, anjal dan elastik, kalau guna mesin uli 10 - 15 minit dan 20 minit kalau gunakan tangan macam saya nih memamg betul2 air tangan lah katakan.
3. Tutup permukaan bekasnya doh dan biar doh naik 2 x ganda, kurang lebih 45 minit.
Keluarkan doh, tumbuk untuk buang udara dan uli sekejap.
4. Timbang 60 g untuk setiap bahagian (menghasilkan lebih kurang 16).
5. Isi inti kacang merah pada setiap bahagian, bulat2kan dan susun dalam loyang yang telah disapu mentega. Buat hingga siap dan rehatkan hingga naik ( 30 - 45 minit. )
6. Sapu permukaan roti dengan bancuhan telur dan tabur bijan sebagai hiasan dan bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 180C selama 20 minit atau mengikut keadaan oven masing2.


Sebelum bakar , roti yang sama tetapi buat 2 jenis... Aiman suka yang gulung sebab nampak kacang merah

Dah siap sejukkan dahulu nak makan panas2 lagi best. jemput makan..

Ni yang bulat, nampak bulat n gebu kenyang makan sebiji dah cukup.



Anda Mungkin Juga Meminati

Related Posts with Thumbnails