AYAH, IBU, AIMAN , AFIFAH & ALEESYA

AYAH, IBU, AIMAN , AFIFAH & ALEESYA

Wednesday, October 2, 2013

TEMPE..... SEDAP KER ?

Tempe.... Sedap ke ? Kalau nak tahu boleh cuba makan sama ada digoreng atau dimasak bersama bahan-bahan lain. Yang sedap dan mudah ialah goreng dan cicah sambal kicap... Senang ke susah buat tempe ni ? Insyaallah boleh buat sendiri di rumah. 1kg kacang soya boleh menghasilkan lebih kurang  32 keping tempe dengan berat setiap satu 50g.  Untuk pembuatan tempe lebih mudah menggunakan kacang soya yang telah pecah. Boleh didapati dengan harga RM 132.00 (50kg). Ianya memudahkan proses pembersihan kerana kulit mudah terlerai daripada kacang soya.


1.Rendam kacang soya dengan air yang banyak selama 48 jam. Pada 24 jam pertama buang air rendaman, bersihkan kulit kacang soya dan tukar air yang baru.

 2. Setelah 48 jam , bersihkan kacang soya dan buang kulit yang masih ada. Pastikan kacang soya dicuci sehingga hilang bau.

 3. Selepas kacang soya dibersihkan, rebus 1 jam hingga 1 jam 30 minit

 4. Kemudian toskan kacang soya dan proses tempering iaitu menurunkan suhu dengan mengaup balik
kacang soya sebelum proses menabur ragi.


 5. Ini ragi yang digunakan , boleh diperolehi dengan harga RM 5.00 (500gm)

 6.Proses menabur ragi dengan nisbah 1kg kacang yg ditimbang sebelum direndam awal tadi  : 15g ragi
Pastikan  kacang soya tidak terlalu sejuk semasa menabur ragi.

 7. Proses pembungkusan menggunakan kertas pembalut makanan. setiap satu 50g. Pastikan kacang tempe rata dan ikat menggunakan getah. Buat lubang kecil dengan mencucuk menggunakan hujung pisau pada kertas pembalut bagi membolehkan pengudaraan dan pembiakan yis. ( tapi yang dijual dipasaran tidak dilubangkan pun boleh juga )

 
8. Tempe siap dibungkus dan disusun begini . Pada hari pertama yis mula membiak menutupi permukaan kacang tempe dan boleh dipasarkan pada hari kedua. Jika hari hujan susun tempe dalam bakul atau bekas berkumpul bagi membolehkan tempe mencapai suhu sesuai. hari kedua boleh dipasarkan.

Gambar yang ada merupakan sebahagian peserta kursus cincau dan tempe yang dianjurkan oleh Kolej Komuniti Batu Pahat. Sebahagian lagi daripada kursus yang saya ikuti di Institut Pertanian Ayer Hitam.

Anda Mungkin Juga Meminati

Related Posts with Thumbnails