AYAH, IBU, AIMAN , AFIFAH & ALEESYA

AYAH, IBU, AIMAN , AFIFAH & ALEESYA

Tuesday, May 18, 2010

ROTI KACANG MERAH EXTRA

Malam tadi buat roti kacang merah mcm biasa aiman n afifah tolong, sepatutnya boleh dapat 17 biji tinggal 16 sebab lunyai doh tu mereka berdua kerjakan. Takpelah semangat nak tolong tu yang penting.

Resepi ni copy dari blog Mat Gebu yang femes bab masak2. Terima kasih bebanyak ye, ada ubah sikit-sikit jelah ikut kesesuaian saya

Bahan-Bahannya
500 g tepung roti (high-protein flour)
100 g gula halus
5 g garam halus
20 g susu tepung
1/4 camca teh bread improver
1 biji telur gred B, dipukul sedikit
11 g yis segera
40 g shortening (lemak sayur)
250 g air ( guna 50 g air suam bancuh yis + gula 1/2 sudu kecil )
inti kacang setiap satu 20 g

Cara membuatnya :-)
1. Satukan semua bahan diatas kecuali inti dan lemak sayur. Gaul rata hingga menjadi doh.
2. Tambah lemak sayur dan terus menguli hingga adunan menjadi lembut, anjal dan elastik, kalau guna mesin uli 10 - 15 minit dan 20 minit kalau gunakan tangan macam saya nih memamg betul2 air tangan lah katakan.
3. Tutup permukaan bekasnya doh dan biar doh naik 2 x ganda, kurang lebih 45 minit.
Keluarkan doh, tumbuk untuk buang udara dan uli sekejap.
4. Timbang 60 g untuk setiap bahagian (menghasilkan lebih kurang 16).
5. Isi inti kacang merah pada setiap bahagian, bulat2kan dan susun dalam loyang yang telah disapu mentega. Buat hingga siap dan rehatkan hingga naik ( 30 - 45 minit. )
6. Sapu permukaan roti dengan bancuhan telur dan tabur bijan sebagai hiasan dan bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 180C selama 20 minit atau mengikut keadaan oven masing2.


Sebelum bakar , roti yang sama tetapi buat 2 jenis... Aiman suka yang gulung sebab nampak kacang merah

Dah siap sejukkan dahulu nak makan panas2 lagi best. jemput makan..

Ni yang bulat, nampak bulat n gebu kenyang makan sebiji dah cukup.



SELAMAT HARI JADI ATUK

Selamat Hari Jadi Atuk Yang Ke 68.

Kek ni banyak betul lilin terang rumah ... Ada satay dan ada nasi baryani kambing & ayam ( dalam periuk lagi )


Ok atuk tiup lilin... takpe aiman & Ifa rajin tolong tiup. Tak kira hari jadi siapa....

Cabut lilin .... Cabut lilin

Lilin letak tepi boleh potong kek

Thursday, May 13, 2010

JALAN-JALAN CARI MAKAN



Hari minggu makan kat warung, anak2 sibuk nak g mc donald, ifa ckp nenek donald takpelah saja makan kat sini KEDAI MAKAN SIDDIQ ni mcm2 ada. betul2 depan traffic light ke arah bukit pasir . Sebelah kiri ( seberang jalan )pejabat tanah batu pahat kalau tak silap.


ok ibu suap nasi lemak. rojak ibu dah makan licin .... best dia punya kuah

Aiman order nasi lemak ayam ngan caroot susu. habiskan ayam tu aiman....

Ayah plak makan mee hoon sup n teh ais ... gambar nih ifa yang amik so teramik gambar tangan ibu . ada pic rojak dah tinggal separuh.


ifa senyummmm... dah kenyang mula nak jalan sana sini...

JOM SHOPPING

Bawa mak n achik exal g shopping set bilik almaklumlah nak berumahtangga tak lama lagi so aku pun join sekali barang umah ckit je.


pose slps penat berlari ke sana sini


Ha nilah achik exal bakal pengantin , penat pilih so duk jap

Ibu beli buai ni best betul.....



Ifa nak juga... duk je lah nak beli tak juga....

Sunday, May 9, 2010

ROTI SOSEJ BUNGA


Resepi doh ada dalam post jom buat roti sebelum nih..


leperkan doh ( 60 g ) dan masukkan sosej kemudia gulung seperti di atas




Potong gulungan doh tadi kepada 8 bahagian atau 6 bahagian dan susun potongan kecil doh



kemudian sapu telur dan taburkan mix vegetable yang telah digaul dengan mayonis , akhir sekali tabur kepingan keju kecil di atasnya.



Boleh tambah sos dan mayonis



Bakar selama 8 - 10 minit suhu 180 darjah c

Thursday, May 6, 2010

PERTANDINGAN PRA KELAYAKAN KEMAHIRAN MALAYSIA

Pada pertengahan bulan April ( 15 Mac 2010 ) Pelajar Kolej Komuniti Muar menyertai Pertangingan Prakelayakan sijil kemahiran malaysia di Kolej komuniti Cawangan Kota, Melaka bagi kategori kecantikan ( solekan, rawatan muka dan badan dan manicure) dan dandanan rambut


Model Solekan bertemakan Solekan Pengantin bersama pensyarah pengiring, No 2 dari kanan ; Tina, Nora, Zaza dan NORMah


Peserta bersama model masing-masing daripada Kolej Komuniti Sungai Petani, Kolej Komuniti Pasir Gudang, Kolej Komuniti Cawangan Muar dan Tuan rumah Kolej Komuniti Cawangan Kota, Melaka.

Keadaan bilik persediaan bagi pertandingan rawatan badan


Pihak juri memberikan penerangan dan komen hasil potongan dan dandanan rambut peserta daripada Kolej Komuniti Cawangan Muar ( Kolej Komuniti Muar mendapat tempat 2 dan ke 3 )




Monday, May 3, 2010

KEREPEK KELADI SELATAH DI PASARAN

Hari ni bawa kerepek keladi selatah ke pejabat saja nak jual. Husband bawa juga ke office. Terima kasih ye suamiku sayang . Seronok sebab ada sambutan yang hangat.
RM 1.00 sebungkus dan RM 2.00 sebungkus .


Kerepek Keladi Selatah ( RM 1.00 ) yang telah siap untuk dipasarkan.

GETUK UBI

Balik Kampung rumah mak kat Senggarang mesti mak akan bawakan ubi. Cabut ubi sampai lima pokok. Macam nak jual banyaknya. Mak memang rajin tanam pokok segala pokok keliling rumah terutamanya ubi. Ubi biasanya buat getuk, bingka, goreng atau rebus cicah sambal atau rebus ngan gula merah. Semua sedap. Sayang mak.....

Ni getuk ubi mak mertua yang rajin buat, saya rajin gak rajin makan. Terima kasih mak....


Getuk Ubi ; Ubi perlu direbus masak tetapi dengan air yang sedikit, air tak boleh banyak2 sebab nanti lembik lak. Selepas rebus, leyek dan campurkan kelapa parut dan gula secukupnya.
Nak lagi sedap masuk dalam peti sejuk baru makan.

Getuk ni boleh juga digoreng salut tepung macam pisang goreng. Sedap juga.....

Anda Mungkin Juga Meminati

Related Posts with Thumbnails