AYAH, IBU, AIMAN , AFIFAH & ALEESYA

AYAH, IBU, AIMAN , AFIFAH & ALEESYA

Thursday, April 29, 2010

ROTI TUNA @ SARDIN

Roti Tuna nih paling senang sbb potong-potong pastu letak je dalam bekas last skali letak topping dia sebanyak mana yang dikehendaki. Letak banyak2 sikit sbb sendiri nak makan.

Resepi doh sama macam Roti inti kacang merah dalam post Jom Buat Roti yang lepas

First ratakan doh dan potong-potong lagi kecil lagi cantik roti tuh bila masak nanti

Ini dia bahan-bahan topping banyak sungguh, puas hati makan mcm nih
Dari atas kanan tuna ( dihancurkan ), cendawan butang, laga benggala , nenas
Bawah kanan isi ketam, bawang dan tomato - semua potong dadu


Bila dah potong masukkan dalam bekas seperti gambar di atas. Memang tak cantik tapi tgk hasil akhir nanti. Sapukan telur then letakkan semua bahan-bahan topping di atas roti. Nak lagi best taburkan cheese.



Dah siap dan ini dia hasilnya nak sangat topping lebih sampai terkeluar daripada bekas. Takpe nak makan sendiri kan.



Monday, April 26, 2010

SAMBAL TUMIS CILI PADI BELIMBING BULUH



Bila balik kampung kat Senggarang biasanya mak akan buat sambal tumis cili padi, sedapnya walau mulut ngomel cakap pedas tapi mulut tu juga yang suap nasi sampai tambah nasi sbb pedas tapi manis sehingga menjilat jari.

Walaupun sambal tu mudah tapi tetap tak sama dengan Mak masak dicampur dengan limpahan kasih sayang tak berbelah bagi daripada seorang Mak. Rindunya Mak .... Sayang Mak....

Ok jom pekena Lempeng cicah sambal cili padi , belimbing buluh ni tambah kemudian idea daripada mak mertua cuba letak belimbing buluh, Rasanya sedap gak pedas, manis ngan masam2 ckit.

50 biji cili padi
3 biji bawang merah
3 biji bawang putih
1 biji bawang besar
30 ekor bilis ( anggaran je, nak banyak ke ckit terpulang )
3 cm belacan
2 sudu makan gula
garam secukupnya
10 biji belimbing buluh ( bahan tambahan klu nak )

tumbuk cili padi ngan bilis dulu sbb tak nak banyak air nanti masuk terpercik mata. bila dah lumat baru letak bawang merah + putih + belacan . Last sekali masukkan bawang besar tumbuk takperlu lumat.
Tumis bahan yang ditumbuk sampai naik minyak dan tambah sedikit air + gula + garam biarkan seketika dan akhir sekali masukkan belimbing buluh .

BIG BOUQUET

aLHAMDULILLAH kAK aZATIE DAH SIHAT SO PENUHLAH DAPUR NGAN MASAKAN YANG SEDAP2 TUH. tHANKS kAK , nORMAH DAH AMIK BUNGA , tHANKS






oK BUNGA NI UNTUK KAK aZATIE SORRY ADA SEKUNTUM JE, AMIK BLAKANG UMAH


APAM MEKAR 1/2

Minggu lepas mmg sibuk sikit , nak renovate umah , siapkan folio , markah student dll almaklumlah dah nak final exam student2 nih. Harap semua bermula dan berakhir dengan baik seperti yang dirancang.

Tapi aktiviti masak berjalan spt biasa so tgk ramai blogger buat apam mekar, so terpanggil nak cuba sbb ada yang cakap menjadi mekarnya mmg happy tapi ada yang tak jadi tu yang nak tau kenapa sbb saya ni tergolong dalam apam yang 1/2 mekar je means tak jadilah. Apa plak sbbnya ye .

Ok ini dia apam mekar 1/2 warna hijau + pink. Aiman bawa bekal g sekolah setiap hari, jadi memang hari2 kena fikir n cari idea nak masak b/fast apa. Tak larat nak beratur katanya, mana nak beratur mana nak makan masa rehat sekejap je. Takpe bagus juga kita tau apa anak makan kat sekolah.

Resepi mana nak cari alahai amik kat myresepi blh tgk kat situ yek. Kongsi idea , kongsi resepi, tapi makan sendiri2 sbb jauh nak bagi. Jemput bismillah


Lama betul tak jual telur masin nih sejak pindah muar, sedapnya telur masin makan ngan bubur
Ok sapa nak order satu bekas ( 6 biji ) RM 4.50 mehhh borong klu nak byk 100 biji harga boleh runding manalah tau nak kenduri kahwin ke tunang ke ,potong jambul ke , berkhatan ke area Batu Pahat penghantaran ke rumah. Aritu kawan se office tapi duk Bangi nak telur masin siap rebus untuk majlis kahwin ( 100 biji )

Ni pulak Telur Itik pun ada jual gak , sebiji RM 0.50 , ramai kawan2 beli sbb diaorang masak lemak cili padi extra pedas....





Thursday, April 15, 2010

ROTI JALA



Pagi ni buat roti jala, bila tgh buat kat dapur datang Aiman baru siap nak g sekolah ...ye..yee ibu roti jala. Fav aiman lagi2 makan ngan kuah kari atau kuah durian.
Buat pagi td mcm kelam kabut ckit so main masuk tepung tak tau brapa sukat , letak susu tepung 2 scoop ( ifa ibu amik ckit susu enfagrow ye ) , garam , pewarna kuning, minyak jagung daisy tanpa kolestrol dlm 2 sudu makan ( bila nak menjala takyah letak minyak ) dan semestinya air. Masuk semua dan blender .... dah bolehlah menjala pepagi jumaat yang hujan lebat. Alhamdulillah sejuk bumi Allah .

KEREPEK KELADI SELATAH



kerepek keladi selatah , sedap sebab biasanya bila masa raya pergi ziarah rumah embah ( nenek ) sebelah mak kat senggarang dapat makan kerepek nih. smlm buat puashati dpt makan. Ada sapa-sapa nak order. hee...hee insyaallah... klu ada kesempatan dan bekalan keladi.


Bwk g opis pastu dengar kengkawan krak kruk krak kruk mengunyah tak berhenti . Makanlah rezeki Allah bagi, kongsi sama2. Makan-makan tapi baca bismillah.
Dapat dah pelanggan pertama kat opis . Pengarah nak 1 kg , kekangkawan pun nak gak. Alhamdulillah. Rezeki ... kita kena usaha cari.




Wednesday, April 14, 2010

BAHASA JAWA

Sedikit bahasa jawa yang boleh digunakan untuk perbuatan seharian antaranya :

Makan - Mangan
Contoh ayat : Bocah cilik iki mangan sego kambik endog godok
Makna ayat : budak kecil ini makan nasi bersama telur rebus

Ketawa - Nguyu

Contoh ayat : Bocah cilik iki nguyu ndelok cerito neng tv
Makna ayat : budak kecil ini ketawa tengok cerita kat tv
( tv dalam bahasa jawa mcm takde, disebut tv gak tapi klu ada harap bg info )


Berjalan - Melaku

Contoh ayat : Melaku lungo neng ngedei
Makna ayat : Berjalan pergi ke kedai


Minum- Ngombe
Contoh ayat : Ngombe wedang
Makna ayat : Minum air
Dalam bahasa jawa air untuk minum disebut wedang . Tetapi air selain untuk minum contohnya untuk mandi disebut banyu

Tuesday, April 13, 2010

AGAR-AGAR LAICI

Teringat masa kat PJB ada Mama Mai Saera bawak agar-agar laici g opis. tgh panas2 makan pehhh meleleh lak air liur. Sampai berebut sesama kengkawan. So mlm tadi buat operasi buat agar2 tu. separuh bawa g opis separuh lg kat umah.



Amik resepi ni dr dlm blog myresepi Cik Dhanea . Tq bebanyak dpt kongsi resepi. Memang lembut mcm makan tauhu panas.
Bahan-bahan
15 g agar-agar
10 cawan air
1 tin susu cair
1 cawan gula ( lebihkan ckit pun boleh )
2 helai daun pandan
Sirap Laici dalam tin
Cara-Cara
Masukkan agar-agar + air + daun pandan periuk dan masak sampai agar-agar larut
Setelah larut masukkan pula gula , kacau smpai larut akhir sekali masukkan susu.
Kacau hingga hampir mendidih ( kena jaga api supaya susu tak pecah - macam santan lak )
Dah siap boleh dihidangkan dengan laici . Sejukkan dahulu lagi best..

Monday, April 12, 2010

ROTI SERUNDING DAGING

ROTI SERUNDING DAGING

1. BAHAN-BAHAN YANG DIGUNAKAN SAMA MACAM BUAT DOH ROTI INTI KACANG
MERAH ( dalam jom buat roti )
2. BAHAGIKAN DOH KEPADA 60g
3. BENTUKKAN DOH BULAT-BULAT DAN REHATKAN SEHINGGA 2 KALI GANDA
SAIZNYA



Biarkan doh naik sehingga saiz 2 kali ganda



Sapukan telur di bahagian atas roti

Bakar roti 8-10 minit suhu 180 darjah C. wah roti tu dah naik dan kekuningan. masa ni bau dia satu dapur


Roti dah masak potong bahagian tengah-tengah roti guna pisau atau gunting dengan apa jua cara janji terbelah. Tapi tak terbelah abih

Letak sedikit mayonis nak lebih pun boleh tapi sendiri beli tak gitu . Pastu letak serunding pun sedikit je . Sbb klu banyak tak boleh nak rapatkan roti tu. Cara2 buat serunding tidak disertakan sbb serunding pun beli jeee. he...he..

Setelah rapatkan roti letak lak mayonis dan ratakan di permukaan roti

Akhir sekali letak lak serunding di atas riti yang telah disapukan mayonis . haa yang bahagian atas boleh letak banyak2 tapi klu nak bajet sekadar yang patut. Roti nampak mcm tak cantik tapi paling suka sbb sedap serunding daging tuu.













Sunday, April 11, 2010

JOM BUAT ROTI

resepi mudah nak buat roti. sedap dimakan semasa sarapan atau minum petang bersama keluarga tersayang.
Roti Manis Inti Kacang Merah ( 1 kg = 30 biji )


Bahan A
1kg Tepung protein tinggi
140 g gula castor
22 g instant yis
10 g Softener ( utk lembutkan roti )
10 g improver ( emplex) ( tapi letak dlm 7 g je )
1 1/2 sudu kecil garam halus
6 sudu besar susu tepung

Bahan B
360 ml @ g Air
3 Biji telur gred B

Bahan C
150 g Buttercup

Cara-cara nak buat nihhh:

1. masukkan bahan A dan bahan B ke dalam mangkuk pengadun . uli ( onkan mesin pada kelajuan sederhana dalam 5 minit sehingga sebati )
2. Apabila sebati masukkan bahan C iaitu butter dan uli selama 5 minit kelajuan sederhana
3. Kemudian tukar kelajuan tinggi selama 3-5 minit , rehat (off mesin ) selama 5-8 minit
4.Kemudian onkan mesin dan pulul lagi kelajuan tinggi 10 minit sehingga doh menjadi elastic / melekat pada J shape ( penguli dalam mesin pengadun )
5. Rehatkan doh sebentar.


Cara-cara membentuk roti manis inti kacang ni


bahagikan doh kepada bahagian2 kecil menjadi 60 g


tgh bulatkan inti kacang merah . setiap satu berat 20 g kalau nak lebih boleh juga.masukkan inti kacang (20g)

menggunakan penggelek ratakan doh dengan inti di dalamnya. tersalah gelek inti kacang terlebih di bahagian atas. so kena buat sekata . gelek pelan2

menggunakan pisau potong menegak bahagian dalam doh. lagi kecil potongan lagi cantik roti nanti bila dah bakar.

kemudian gulung doh


haaa... ni doh dah digulung. satu loyang muat 4 jee. Ok boleh tabur bijan atas roti sebagai hiasan.


Bakar pada suhu 180 darjah celcius selama 8 - 10 minit. Tgk dalam oven roti dah agak kekuningan.

Taraaa ... dah siap . Yang bahagian atas ye.. Yang roti bahagian bawah tu nak buat roti serunding ayam nanti upload mcm nak buat.






















































































































































































































































































































































































UJIAN TAEKWONDO( World Taekwondo Federation (WTF) CEMERLANG

Ahad pagi bertempat di dewan utama Peserai berlangsung Ujian untuk kenaikan pangkat bagi tali pinggang bagi taekwondo di bawah Kelab WTF Cemerlang. Pagi2 lagi Aiman bersiap untuk amik ujian. Jadi ibu n ayah dia nie hantar le pepagi dengan harapan menggunung setinggi Gunung Ledang supaya aiman berjaya. Insyaallah...


Aiman tersenyum.. tak taulah senyum seronok ke takut sbb tgh tunggu giliran nak buat test.
Nie tgh buat sedikit latihan sebelum sir dari KL datang buat penilaian test.

Sedikit info berkaitan taekwondo daripada wikipedia

Taekwondo (atau pun Tae Kwon Do) merupakan seni bela diri Korea yang paling masyhur. Ia berasal dari Korea, telah diperkenalkan di seluruh dunia oleh Jeneral Choi Hong Hi, seorang panglima tentera Korea Selatan. Ia merupakan sukan rasmi Korea dan turut dipertandingkan di Sukan Olimpik sejak tahun 2000.
Dalam bahasa Korea, Tae bermakna "menumbuk"; Kwon bermakna "menendang"; dan Do bermakna "cara" atau "seni". Jadi, Taekwondo bolehlah diterjemahkan secara kasar sebagai "seni menendang dan menumbuk".

Taekwondo mempunyai beberapa warna talipinggang yang menunjukkan peringkat atau pangkat seseorang pengamal seni beladiri ini. Putih Kuning Hijau Biru Merah atau Coklat Hitam
Setiap talipinggang mempunyai 2 peringkat atau pangkat sebelum dinaikkan ke pangkat seterusnya. Talipinggang hitam mempunyai 9 peringkat bagi ITF dan 10 peringkat bagi WTF. Peringkat atau pangkat bagi talipinggang hitam dipanggil "Dan". .

MAJLIS PENYAMPAIAN HADIAH

Hari Ahad 11/04/2010 berlangsung penyampaian hadiah bagi pelajar Sekolah Agama Gambut , yang bestnya ibubapa sendiri yang menyampaikan hadiah kepada anak masing2 . menambah rasa semangat anak2 nak belajar, sbb boleh tunjuk kat ibubapa kejayaan mereka.
Ada satu petikan daripada pengerusi kebajikan sekolah iaitu tn hj Hamzah Bin Hussin ( bapa mertuaku ) kita ni dari kecil sampai skrg ni tahu bahawa burung tu ada kebolehan terbang dengan adanya kepak . setiap hari burung akan terbang ke sana sini mencari makan. Tetapi kita manusia takde kepak nak terbang tetapi kita ada otak dan akal fikiran jadi berusaha mencari kaedah nak terbang ke sana sini dengan naik kapal terbang. Kesimpulannya sebagai manusia sewajarnya kita menggunakan akal fikiran yang dikurniakan oleh Allah dengan sebaiknya bagi menjana hidup yang lebih sempurna.




amik gambar duduk so nampak le sebahagian kepala ibu2 . tapi takpe ayah tgh bagi hadiah kat aiman sambil diperhatikan oleh Guru Besar , Hjh Jamaliah . Semua tersenyum gembira. ok usaha lagi ye aiman tahun ni dapat nombor satu lagi .

Thursday, April 8, 2010

PELANGI KEHIDUPAN

Pelangi itu indah , seindah kehidupan kita , sesungguhnya nikmat yang harus dijaga adalah ketika kebaikan itu memenuhi jiwa dan membahagiakan hati


Malam tadi ada kelapangan, buat carrot muffin , mcm biasa ada pembantu yang paling rajin iaitu anak2 tersayang. aiman n afifah dan ini hasilnya. Warna warni macam pelangikan.


gembira sungguh berlari ke sana sini , baru lepas bagi ayam serama atuk bela belakang rumah makan jagung

nak tunjuk pelangi kat belakang tu sebenarnya, cantik sangat ciptaan Allah. Dah tentu tajuk hari nie pelangi.





Sunday, April 4, 2010

SARAPAN APA PAGI ISNIN

Sarapan apa pagi ni ?
Sarapan kuew tiew goreng pagi nih buat anak2, suami dan mak & abah
Muffin Coklat ni buat isnin mggu lepas baru sempat nak upload

Banyaknye b/fast pagi isnin lepas penuh meja pantri. rezeki Allah tentukan, kongsi sesama insan . Alhamdulillah kenyang.


Ada satu artikel daripada http://www.islam.gov.my/e-rujukan/lihat.php?jakim=1322 yangboleh kita jadikan panduan. Yang baik jadikan teladan yang kurang baik boleh tinggalkan dan sebagai sempadan. Sama sama kita renungkan

Fenomena remaja kita hari ini yang tidak bersarapan pagi ke sekolah dianggap perkara biasa. Mereka akan berasa tidak selesa apabila bersarapan pagi. Sebenarnya, sarapan pagi tidak perlu terlalu berat, cukup sekadar segelas susu, sekeping roti atau sedikit bijirin.

Otak atau minda sangat memerlukan sarapan pagi bagi merangsang pemikiran ke arah pembelajaran yang lebih cemerlang di sekolah. Sarapan pagi dikatakan dapat mencergaskan minda jika dijadikan sebagai rutin harian yang penting untuk kehidupan yang lebih berkualiti.

Pakar pemakanan sependapat bahawa mengambil sarapan adalah sumber pertama untuk memulakan kehidupan seharian, sekali gus mencergaskan minda. Kajian terbaru menunjukkan orang yang bersarapan secara tetap menikmati kehidupan berkualiti, tersusun, bersikap positif, lebih langsing dan memiliki daya tumpuan yang lebih baik.

Pemilihan sarapan terutamanya yang kaya dengan karbohidrat, membekalkan tenaga, mampu menahan rasa lapar dan mengawal keinginan untuk makan di antara waktu sarapan dan makan tengah hari.

Malangnya, ramai yang meninggalkan sarapan dengan alasan tiada selera makan pada waktu pagi atau tidak sempat kerana bangun lambat. Jika anda tergolong dalam kumpulan ini, ada baiknya anda terus membaca untuk mengetahui rahsia di sebalik hidangan ringkas yang dipanggil sarapan.
Ada saintis yang menggelar sarapan sebagai makanan untuk otak. Kajian menunjukkan sarapan ada kaitan rapat dengan kecergasan mental. Secara ringkasnya, sarapan dikatakan memberikan kesan positif terhadap aktiviti otak – lebih cergas, peka dan fokus.

Ini secara tidak langsung mendatangkan pengaruh positif terhadap diri individu itu untuk melaksanakan tugasnya, sama ada di sekolah atau di tempat kerja; walaupun hanya mengambil sarapan sekeping roti dan secawan kopi.

Karbohidrat yang diambil pada waktu pagi akan merangsang paras glukos dan mikro nutrien dalam otak. Contohnya, vitamin B yang diperkaya dalam roti dan bijirin sarapan dikenal pasti mampu memberikan kesan positif kepada fungsi otak.

Kesan lebih ketara dalam kalangan kanak-kanak dan remaja yang mengambil sarapan yang kaya dengan karbohidrat kompleks ialah mereka boleh menumpukan perhatian terhadap pelajaran dan menyelesaikan masalah dengan baik. Justeru, tidak hairan jika pengusaha roti dan bijirin berlumba-lumba menghasilkan produk yang diperkaya dengan pelbagai khasiat dan vitamin.

Kajian yang dijalankan Food Facts Asia dengan kerjasama empat universiti di Asia ke atas remaja berusia 10 hingga 12 tahun yang mengamalkan sarapan rata-rata jauh lebih langsing dan kurang berhadapan dengan masalah berat badan berlebihan.

Bahkan, kajian di Amerika Syarikat ke atas 3,000 sukarelawan menunjukkan mereka dapat mengurangkan berat badan dan mengekalkan berat badan unggul dengan hanya mengamalkan sarapan.

KURSUS ASAS KOMPUTER

Pada 03 April 2010 ( Sabtu ) berlangsung kursus asas komputer yang dijalankan oleh Puan Siti Normah Binti Suib ( akulah tu ) mewakili Kolej Komuniti Cawangan Muar , bertempat di Makmal Komputer , Kolej Komuniti Ledang
Peserta terdiri daripada pelajar-pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Naning dan Sekolah Rendah Kebangsaan Bukit Naning seramai 30 orang.


Barisan pelajar yang menyertai kursus, comel-comel belaka.
Ni yang lelaki , ada lak letak duit kat muka, duit jumpa tuh saya amanahkan suruh masuk kat tabung masjid.


Ni peserta perempuan, mcm sebayakan bila yang tudung pink baju biru bila duk kat tengah2. hee...heee



ishhh tgk komputer lah bukan tgk kamera . nabilah (tudung kuning) , faham tak cikgu tunjuk nihhh.



Baris ni kebanyakkannya pelajar sek rendah
ok baris nih daripada sekolah menengah


SELAMAT ULANG TAHUN SAYANG

04.04.74 tarikh lahir suami tersayang. Selamat ulang tahun ke 36 buat suami semoga dengan bertambahnya umur menjadikan diri lebih matang dan bahagia menjadi milik kita bersama.
Hari jadi hubby tapi semua nak tiup lilin gak. tiup lilin lepas nyanyi happy birthday to you!!!
haaa... potong kek dengan senyuman

sedap sampai menjilat jari, penuh dengan limpahan coklat . hai aiman batang lilin pun nak jilat
ifa sabar ye , nak kek juga
suap sikit . sayang abang......


huu..huu... ni dia lilin nombor 36 dah cair


























































Anda Mungkin Juga Meminati

Related Posts with Thumbnails